PLKN 2013: Cara Semak Pelatih Terpilih dan penempatan

|   0 comments

Anda boleh membuat semakan samada terpilih atau tidak untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Siri 10/2013. Dan jika terpilih anda juga boleh menyemak di kem manakah anda akan ditempatkan dan bila anda perlu lapor diri untuk latihan. 

Semakan boleh dibuat secara online, melalui SMS atau dengan panggilan telefon.

plkn khidmat negara


I) Semak samada terpilih atau tidak

  • Semak samada terpilih secara online

    Semakan secara online boleh dibuat dengan melawat laman web Sistem Semakan Online Jabatan Latihan Khidmat Negara. Laman ini biasanya sangat sibuk pada waktu puncak, jadi harap bersabar. Seeloknya, lawatlah semasa waktu trafik rendah iaitu selepas jam 12 malam.

    1. Layari laman web Semakan Pelatih Terpilih.
    2. Masukkan no. kad pengenalan anda di dalam kotak yang disediakan.
    3. Tekan butang “Semak” untuk membuat semakan nama PLKN.

  • Semak samada terpilih melalui SMS

    Untuk menyemak melalui mesej teks SMS:

    Type: PLKN SEMAK [NO IC ANDA] Dan hantar ke 15888.

    Sebagai contoh: PLKN SEMAK 941114035243 dan hantar ke 15888.

    * Setiap mesej yang dicaj RM0.35.

  • Semak samada terpilih melalui panggilan telefon

    Anda juga boleh menghubungi nombor hotline ini (waktu pejabat dari 8 pagi hingga 5 petang) untuk menyemak status anda:03-40274747

 

II) Semak penempatan / kem latihan

Jika anda sudah mengetahui anda telah tersenarai untuk PLKN, sekarang masanya untuk menyemak tarikh melapor diri dan lokasi kem latihan.

  • Semak penempatan secara online

    1. Layari laman web Semakan Penempatan Pelatih.
    2. Masukkan no. kad pengenalan anda di dalam kotak yang disediakan.
    3. Tekan butang “Semak” untuk membuat semakan penempatan PLKN.

  • Semak penempatan melalui SMS

    Untuk menyemak melalui mesej teks SMS:

    Type: PLKN KEM [NO IC ANDA] Dan hantar ke 15888.

    Sebagai contoh: PLKN KEM 941114035243 dan hantar ke 15888.

  • Semak penempatan melalui panggilan telefon

    Untuk semakan, hubungi nombor yang sama iaitu 03-40274747.

No comments :

Post a Comment