Memohon Gantian MyKad Secara Online Atau Melalui Telefon

|  0 ulasan

Sekarang anda tidak perlu lagi datang sendiri ke pejabat pendaftaran untuk memohon gantian MyKad (kad pengenalan). Ini kerana Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ada menyediakan dua perkhidmatan untuk permohonan gantian MyKad. Yang pertama ialah melalui laman web Sistem Gantian MyKad Atas Talian dan yang kedua ialah MyPhone-In iaitu perkhidmatan melalui telefon.

Berikut adalah panduan dan perbandingan untuk kedua-dua perkhidmatan tersebut berdasarkan maklumat dari JPN:

Butiran

Sistem Gantian MyKad Atas Talian

MyPhone-In

Capaian Laman web:
http://mykadganti.jpn.gov.my/ 
Nombor telefon:
03-88808066
Waktu operasi
  • Isnin hingga Jumaat:
    8.00 pagi hingga 10.00 malam
  • Sabtu:
    8.00 pagi hingga 2.00 petang
  • Ahad:
    8.00 pagi hingga 8.00 malam
  • Isnin hingga Jumaat:
    8.00 pagi hingga 5.00 petang
    (Waktu rehat : 1.00 petang hingga 2.00 petang)
  • Sabtu dan Ahad:
    Tutup
Kategori perkhidmatan gantian yang ditawarkan
  • Gantian cip atau kad rosak
  • Gantian biasa (menaiktaraf cip dari 32k ke 64k)
  • Gantian disebabkan kehilangan
  • Gantian cip atau kad rosak
  • Gantian biasa (menaiktaraf cip dari 32k ke 64k)

 

Had --- Terhad kepada urusan di Ibu Pejabat JPN Putrajaya sahaja
Bayaran Menggunakan kad kredit sahaja Bayar semasa kutipan MyKad

Catat Ulasan

Cancel
Click to go to top