Cara mendaftar myIDENTITY

|  0 comments

myIDENTITY ialah satu perkhidmatan yang membolehkan maklumat pengenalan diri anda di kongsi oleh agensi-agensi kerajaan. Perkhidmatan ini disediakan untuk warganegara dan pemastautin tetap. Diantara kelebihan menggunakan myIDENTITY:myIDENTITY malaysia

  • Dengan myIDENTITY anda tidak perlu memberi maklumat peribadi yang sama berulang kali bila berurusan dengan agensi-agensi kerajaan.
  • Anda boleh menyemak maklumat peribadi pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja untuk memastikan maklumat anda adalah betul dan terkini
  • Anda boleh mengemas kini maklumat perhubungan: Alamat Surat-menyurat, Nombor Telefon Mudah Alih dan Alamat E-mel melalui pelbagai saluran yang disediakan termasuk online.

Maklumat peribadi merujuk kepada Nombor Kad Pengenalan, Nama, Tarikh Lahir, Jantina. Alamat Tetap, Alamat Surat-menyurat. Nombor Telefon Mudah Alih dan Alamat E-mel.


Cara mendaftar myIDENTITY

Berikut merupakan cara-cara untuk mendaftar sebagai pengguna Laman Web myIDENTITY:

  1. Layari laman web myIDENTITY.
  2. Klik butang "Pendaftaran Baru" dan isi maklumat yang diperlukan.
  3. Pergi ke mana-mana agensi kerajaan yang berdaftar dengan myIDENTITY untuk tujuan pengesahan diri, samada di kaunter kad pengenalan di Jabatan Pendaftaran Negara, kaunter Passport Malaysia di Jabatan Imigresen Malaysia atau kaunter khidmat pelanggan di JPJ.
    Nombor PIN akan dimaklumkan melalui emel atau SMS (untuk yang melanggan SMS) selepas anda berjaya membuat pengesahan diri.
  4. Kembali ke laman web myIDENTITY, klik butang "Login Kali Pertama" dengan menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor PIN. Seterusnya daftar Kata Laluan dan Soalan Keselamatan.
  5. Klik butang "Log Masuk" untuk login dengan menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan.


Agensi-agensi menggunapakai myIDENTITY

Setakat ini, agensi-agensi yang mengambil bahagian ialah:

  • Jabatan Pendaftaran Negara
    - Semua cawangan di Malaysia
  • Lembaga Hasil Dalam Negeri
    - Semua cawangan di Malaysia
  • Jabatan Imigresen Malaysia
    - Semua cawangan di Malaysia
  • Jabatan Pengangkutan Jalan
    - Ibu Pejabat Putrajaya, seluruh cawangan Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Pahang, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Sarawak, Sabah dan Johor.

updated: Jan 2013

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Cancel