Akaun Pelaburan Emas: Perbandingan Antara Bank

|  7 ulasan

Cara yang paling mudah untuk melabur dalam emas adalah dengan membuka Akaun Pelaburan Emas di bank. Apakah itu Akaun Pelaburan Emas atau Gold Investment Account ? Ia adalah satu akaun yang membolehkan individu untuk membeli dan menjual emas pada harga emas harian dalam Ringgit Malaysia (MYR), tanpa perlu menyimpan emas fizikal.

Akaun Pelaburan Emas memberikan anda peluang untuk memperolehi keuntungan modal dan kepelbagaian portfolio melalui pelaburan dan jual beli emas. Pada masa yang sama anda boleh menikmati kemudahan dan ciri-ciri keselamatan sepertimana akaun-akaun bank yang lain.

Untuk mempelajari teknik-teknik membina kekayaan dengan emas, kami mengesyorkan anda membaca ebook Rahsia Emas.

akaun pelaburan emas

Buat masa ini (Apr. 2013) terdapat 5 bank di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan akaun pelaburan emas:

  • Akaun Pelaburan Emas / Maybank Gold Investment Account (MGIA) - Maybank
  • Akaun Pelaburan Emas / Gold Investment Account (GIA) - Public Bank
  • Gold Account-i - Kuwait Finance House
  • Akaun Simpanan Emas / Gold Savings Account (GSA) - United Overseas Bank (UOB)
  • Akaun Deposit Emas / Gold Deposit Account (GDA) - CIMB Bank

Di bawah ini saya telah menyenaraikan semua ciri-ciri yang ditawarkan oleh setiap akaun. Mereka dibentangkan sebelah menyebelah dalam jadual supaya anda boleh membuat perbandingan, dan seterusnya memilih akaun yang terbaik untuk anda.

Ciri-ciri

Maybank MGIA

Public Bank GIA

KFH Gold Account-i

UOB GSA

CIMB GDA

Belian pertama minima 1 gm 10 gm 10 gm 20 gm 10 gm
Baki minima 1 gm 2 gm 2 gm 10 gm 1 gm
Urusniaga minima Mesti dlm gandaan 1 gm 5 gm & mesti dlm gandaan 1 gm 5 gm & mesti dlm gandaan 1 gm Mesti dlm gandaan 5 gm 5 gm & mesti dlm gandaan 1 gm
Keaslian emas 99.99% 99.99% 99.5% 99.99% 99.9%
Spread jual-beli 4.09% 3.89% 3.50% 1.15% 2.99%
Pilihan jualan/pengeluaran

-Tunai

-Kredit ke dlm akaun

-Tunai

-Kredit ke dlm akaun

-Emas fizikal

-Kredit ke dlm akaun

-Emas fizikal

-Kredit ke dlm akaun

-Emas fizikal

-Kredit ke dlm akaun

-Emas fizikal

Yuran Tiada -Yuran tahunan RM10 sekiranya baki akaun kurang dari 10 gm pada akhir tahun
-Yuran pengeluaran emas fizikal
Tiada -Yuran pentadbiran RM2 dikenakan setiap bulan jika baki kurang dari 10 gm pada akhir bulan -Yuran tahunan RM5 sekiranya baki akaun kurang dari 10 gm pada akhir tahun
-Yuran pengeluaran emas fizikal
Mod  operasi Buku akaun Buku akaun Penyata Penyata Buku akaun
Pra-syarat Tiada Mempunyai akaun simpanan atau semasa Mempunyai akaun simpanan atau semasa Mempunyai akaun simpanan atau semasa Mempunyai akaun simpanan atau semasa
Insuran PIDM Tidak diinsuran Tidak diinsuran Tidak diinsuran Tidak diinsuran Tidak diinsuran

7 ulasan

Melastik Bintang

Melastik Bintang

27 April, 2013 11:27
masih dalam perancangan dalam membeli emas dan membuat pelaburan..
TR

TR

28 April, 2013 00:43
@Balasan Cepat-cepat kalau nak labur, emas tengah rendah sekarang :)
Tanpa Nama

Tanpa Nama

30 Jun, 2014 09:46
kalau ikutkan perbandingan tu..CIMB la yang terbaik ke?? krg phm.tq.
Tanpa Nama

Tanpa Nama

10 November, 2014 13:52
Rasanya maybank...
liamruda ijam

liamruda ijam

24 November, 2014 22:55
maybank rugi sebab xdpt emas fizikal
Tanpa Nama

Tanpa Nama

15 Disember, 2014 12:45
tapi uob spread palingg rendah
Tanpa Nama

Tanpa Nama

31 Disember, 2014 12:25
KFH - info yang saya dapat adalah patuh syariah

Catat Ulasan

Cancel
Click to go to top