Susu Ibu Meningkatkan Pertumbuhan Otak Bayi

|  0 comments

Kajian baharu yang dijalankan oleh penyelidik dari Universiti Brown di Amerika Syarikat telah menunjukkan bahawa penyusuan susu ibu memainkan peranan penting dalam perkembangan otak bayi.

Pasukan penyelidikan menganalisis pertumbuhan otak bayi menggunakan magnetic resonance imaging (MRI) khas dan mesra-bayi yang dilakukan semasa mereka sedang tidur.

Mereka membuat pemerhatian ke atas 133 bayi bermula di peringkat umur dari 10 bulan hingga empat tahun yang mempunyai masa matang yang biasa, dan semua datang dari keluarga dengan latarbelakang sosio-ekonomi yang sama.

Bayi belum buat akikah? Klik sini

Kajian ini menunjukkan bahawa bayi-bayi yang hanya menyusu badan, untuk sekurang-kurangnya tiga bulan telah mendapat lebih banyak pembangunan di bahagian-bahagian utama otak mereka berbanding dengan bayi yang diberi susu formula semata-mata atau yang telah diberi gabungan susu formula dan susu badan.

Terdapat perbezaan pertumbuhan white matter diantara 20 hingga 30 peratus, lebih kepada bayi penyusuan susu ibu berbanding kanak-kanak bukan susu ibu.

Peningkatan tambahan juga dilihat di bahagian-bahagian otak yang bertanggungjawab untuk bahasa, fungsi emosi, dan kognisi.

Para penyelidik juga mendapati bahawa bayi yang menyusu lebih lama (lebih dari setahun) mempunyai pertumbuhan otak yang amat dipertingkatkan terutamanya di kawasan otak yang berurusan dengan fungsi motor berbanding dengan bayi yang disusui kurang daripada setahun.

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Cancel