Pahala Berganda Aqiqah di Bulan Ramadan

|  1 ulasan

Bahagianya jika buah hati yang dinantikan akhirnya lahir ke dunia dalam keadaan sihat walafiat. Apalagi jika lahirnya bertepatan di bulan Ramadhan yang istimewa dan penuh berkat.

Salah satu amalan yang dianjurkan (sunat muakkad) setelah kelahiran anak adalah melaksanakan aqiqah sebagai tanda syukur. Melaksanakan aqiqah adalah sunat muakkad dan afdhal dilakukan pada hari ketujuh kelahiran.

Alangkah bertuahnya jika hari ketujuh tersebut jatuh pada bulan Ramadan, kerana setiap kebaikan yg kita lakukan di dalam bulan Ramadhan akan dilipat gandakan. Selain mendapatkan pahala aqiqah, insyaAllah kita juga mendapat pahala berbagi daging aqiqah untuk juadah berbuka.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Barangsiapa yang memberikan makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala (orang yang berpuasa) dalam keadaan tidak berkurung sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu. (Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibn Majah dan ad-Darimi)

Sekarang ini amat mudah untuk melakukan akikah kerana terdapat syarikat yang menyediakan program Aqiqah di Kemboja dengan kos yang sangat berpatutan. Akikah dilakukan sepanjang tahun, termasuk di bulan puasa. Tempahan pula boleh dibuat secara online di eQurban.com pada bila-bila masa.

Jangan lepaskan peluang pahala berganda dengan melakukan ibadah akikah pada bulan Ramadan di Kemboja. Disamping dapat pahala akikah, anda dapat pahala memberi makan orang berbuka puasa dan juga mendapat pahala membantu umat Islam yang hidup susah di Kemboja. Tempah sekarang!

1 ulasan

myportal21

myportal21

08 Jun, 2015 03:46
Setuju, equrban banyak membantu meringankan beban umat islam dan memberikan ruang dan peluang untuk beribadah.

Nice

Catat Ulasan

Cancel
Click to go to top