Tukar cermin Depan dan Belakang MyVi

Saya baru lepas tukar cermin kereta Perodua Myvi, untuk kedua-dua cermin depan dan belakang. Cermin depan tu sebenarnya dah lama retak (tahun lepas). Memang nak tukar, tapi asyik tangguh jer, maklumlah cermin retak kereta masih boleh jalan kan.

Sehinggalah hari Khamis lepas, entah macamana tiba-tiba cermin belakang pula pecah seribu. Kereta still boleh jalan tapi kalau hujan naya, dan silap haribulan boleh kena saman. Jadi nak tak nak terpaksalah pasang cermin baru, dan kena cari yang murah sebab duit akan keluar dari poket sendiri. Cermin asal takde insurans.

Mula-mula pergi ke Dr. Cermin Kubang Kerian. Mereka specialize bab repair dan replace cermin sebab tu saya check out dorang dulu. Tapi mereka nak RM450 untuk cermin depan dan harga yang sama untuk cermin belakang. Mahal wo! Kat Perodua saya tak pergi pun sebab dengar cerita mereka caj sekitar RM600 untuk cermin depan. Harga cermin belakang saya tak tahu, tapi gerenti mahal la kan?

Lepas tu saya pun terus ke Jalan Datuk Lundang, Kota Bharu sebab di sepanjang jalan ni kalau tak silap ada la dua kedai yang pasang cermin kereta. Jumpa la satu kedai, specialized dalam menjual dan memasang cermin kereta dan van. Nampak lebih kurang sama dengan Dr. Cermin, cuma mereka tak buat repair, hanya tukar/pasang cermin. Kedai ni kedai local bukan francais macam Dr. Cermin, jadi maybe harga lebih murah kot.

Tauke dia cakap harga untuk cermin depan original (double layer) RM360, cermin belakang RM280. Harga yang cukup berpatutan pada pendapat saya, jadi saya suruh mereka proceed. Saya tengok mereka berkemahiran buat kerja, dan cermat. Masa yang diambil lebih lama dari jangkaan saya, tapi hasilnya memuaskan hati.

Kalau anda nak tukar cermin kereta atau van di sekitar Kota Bharu, Kelantan, saya syorkan anda berkunjung ke kedai ni somewhere di Jalan Datuk Lundang, Kota Bharu.