Kesan Merokok Terhadap Kesihatan [Infografik]

|  6 ulasan

Risiko paling besar perokok adalah menghidap kanser (barah). Merokok boleh menyebabkan kanser hidung, mulut, larinks (kotak suara), trakea, esofagus, tekak, paru-paru, perut, pankreas, buah pinggang, pundi kencing, serviks, sumsum tulang dan darah.

440,000 orang mati lebih awal di Amerika Syarikat setiap tahun kerana menghisap rokok atau terdedah kepada asap rokok:

  • 40% mati akibat kanser
  • 35% mati akibat penyakit jantung atau strok
  • 25% mati akibat penyakit paru-paru

Selain menyebabkan kanser, merokok juga menjadi punca berbagai-bagai jenis penyakit kepada sistem autoimun, tulang, jantung, darah, penglihatan dan paru-paru.

Berikut adalah infografik yang memaparkan kesan-kesan buruk asap rokok terhadap tubuh badan manusia.

bahaya merokok

6 ulasan

puteri kasih

puteri kasih

01 Oktober, 2013 12:38
memang bahaya kesan merokok tapi masih ramai lagi yang merokok
TR

TR

01 Oktober, 2013 14:37
@Balasan Kalau dah ketagih memang susah nak stop
Naziman Azlye

Naziman Azlye

01 Oktober, 2013 16:46
Saya rasa teknik nak menghentikan rokok dengan menunjukkan keburukan rokok terhadap kesihatan kurang berkesan. Perokok tahu merokok tiada kebaikan tetapi masih dengan asap-asapnya.
titan

titan

02 Oktober, 2013 23:26
merokok memang merbahaya. Jadi, kurangkan hisap rokok.
Mia Liana

Mia Liana

06 Oktober, 2013 14:37
sangat bahaya... tapi masih ada juga yang merokok... huhuhu
ohcikgu

ohcikgu

15 Oktober, 2013 01:28
kena kurangkan. kalau boleh..berhenti terus.

Catat Ulasan

Cancel
Click to go to top