Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2014

|  5 comments

Permohonan ke Tingkatan Satu (1) atau Tingkatan Empat (4) di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) untuk kemasukan Tahun 2014 telahpun dibuka. Permohonan boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia bermula 1 September 2013 (Ahad) sehingga 15 Oktober 2013 (Selasa).

Berikut adalah sedikit panduan untuk rujukan para ibu / bapa / penjaga di dalam membuat permohonan.

sbp


Cara memohon ke Sekolah Berasrama Penuh

  1. Mendaftar

    Bagi ibubapa atau penjaga yang belum menggunakan perkhidmatan ini, mereka hendaklah mendaftar terlebih dahulu di laman pendaftaran untuk membuat akaun pengguna.

  2. Membuat permohonan

    Untuk membuat permohonan, layari laman web Aplikasi Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2014 dan log masuk menggunakan ID Pengguna / No.KP dan kata laluan yang telah didaftarkan. permohonan ke sekolah berasrama penuh sbp

Untuk memudahkan ibubapa / penjaga membuat permohonan bagi anak / pelajar melalui Aplikasi Permohonan ini, di bawah ini disertakan Manual Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk dijadikan panduan.

Semoga panduan ini berguna untuk ibu / bapa / penjaga yang ingin memohon.

Semoga berjaya.

5 comments

Khairul Zamri

Khairul Zamri

06 September, 2013 20:05
teringat dulu dapat tawaran SBP tapi tak pergi pun huhu
TR

TR

07 September, 2013 10:23
@Balasan Rugi tu. Saya ni pun produk SBP juga
Tanpa Nama

Tanpa Nama

17 Februari, 2014 21:54
ANAK SAYA DAPAT 5A DAN AKTIF KOKURIKULUM TAPI X TERPILIH KE SBP SEDANGKAN RAKANNYA YANG TIDAK AKTIF KOKURIKULUM DAPAT KE SBP...DIMANA SYARAT YG DIUAR-UARKAN TU.... ?
Tanpa Nama

Tanpa Nama

22 Disember, 2014 05:56
Saya berpendapat syarat kelayakan akademik, ujian PJSK, pssikomertik dan penglibatan koko adalan syarat asasASAS yang harus dipenuhi. kalau tuan lihat dalam borang permohonan ada banyak item lain yg kena diisi. Ini juga tidak terlepas untuk dipertimbangkan. contohnya. Gaji, tanggungan keluarga, lokasi rumah dan kampong . wallahhualam

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Cancel