ASB 2013: Dividen Dan Bonus Lebih Rendah

|  2 comments

Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen sebanyak 7.70 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013, lebih rendah jika berbanding 7.75 sen untuk tahun lepas.

Bonus juga lebih rendah untuk 2013 iaitu sebanyak 1.00 sen seunit. Sila rujuk jadual di bawah untuk perbandingan dividen dan bonus ASB untuk tahun-tahun lepas.

Menurut Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, PNB boleh mengisytiharkan dividen sebanyak 10.54 sen seunit bagi tahun kewangan semasa, tetapi ia dibawa ke hadapan 2.71 sen seunit untuk membantu portfolio dana supaya lebih berdaya saing pada masa akan datang.

amanah saham bumiputera (ASB)

Berikut adalah perbandingan dividen dan bonus tahunan ASB untuk tatapan anda:

Tahun Dividen ASB Bonus
2013 7.70 sen 1.00 sen
2012 7.75 sen 1.15 sen
2011 7.65 sen 1.15 sen
2010 7.50 sen 1.25 sen
2009 7.30 sen 1.25 sen
2008 7.00 sen 1.75 sen
2007 8.00 sen 1.00 sen
2006 7.30 sen 1.25 sen

2 comments

Syahril Hafiz

Syahril Hafiz

27 Disember, 2013 21:49
Dengan ekenomi yang tak menentu sekarang harap ASB ambil inisiatif yang lebih efisen lagi lepas ni, kesian kat pelabur, kena cari port yang lebih baik untuk mantain
azam

azam

29 Disember, 2013 01:45
pnb perlu lebih teliti dan forecast kepada pelaburan yang lebih menguntungkan, mungkin boleh naikkan balik sperti 2007

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Cancel