Nur Zetty Mee Udang Changkat Jering

|  9 ulasan

Ini sambungan cerita jalan-jalan Taiping tempoh hari. Hari kedua kami jalan-jalan Taman Tasik Taiping, Muzium Perak, makan cendol, mee udang Mak Jah dan melawat Muzium Matang. Hari ketiga kami pulang ke Kota Bharu dan dalam perjalanan kami singgah di Galeri Arkeologi Lembah Lenggong.

Tapi sebelum tu kami singgah makan dulu -mee udang Changkat Jering di Restoran Nur Zetty. Kalau memandu dari Taiping ke lebuhraya, restoren ini terletak di sebelah kiri jalan hanya beberapa meter sebelum membelok ke tol Changkat Jering. Ia tidak berada betul-betul di tepi jalan, tapi kena masuk jalan kampung dalam 50m. Dekat restoran ada banyak pokok manggis.

signboard restoren nur zetty

Signboard Restoren Nur Zetty yang berada di sebelah kiri jalan

Mee udang di sini kuahnya lebih pekat dan panas daripada mee udang Mak Teh, tapi warna pucat. Rasanya lebih baik dari mee udang Mak Teh.  mee udang Nur Zetty

Mee udang biasa (RM7)

Selain mee udang, kami pesan nasi goreng udang, nasi paprik udang, ABC. Nasi goreng pun sedap, ikan bilis rangup, timun, tomato dan kobis segar, sambal udang ada kick. Semua makan habis licin, maklumlah duduk dalam kereta ni kerjanya memenatkan :) Anak lelaki saya yang sorang tu order 3 jenis air! Laici kang, ais kacang dan jus epal, semuanya dia sapu bersih.nurzetty mee udang changkat jering

Cuma satu je yang kami tak puashati -lalat. Restoran ni terbuka jadi bila bau udang merekapun datang ziarah secara berjemaah. Lagipun hanya kami sekeluarga yang makan pada masa tu (restoran baru buka), jadi kamilah yang jadi tumpuan. Kipas besar dipasang tapi lalat tak berganjak pun.

Overall pengalaman makan kat sini - suasana damai, udara bersih, masakan fresh, dan rasa sedap. Recommended.

Restoran Nur Zetty Mee Udang
No 19, Batu 7, Jalan Trong,
34850 Changkat Jering, Perak.
Buka dari 11 pagi -12 malam, tutup hari Isnin.

GPS coordinates: N 4 46.961 E 100 43.315

9 ulasan

puteri kasih

puteri kasih

11 Disember, 2013 13:36
tetiba lapar lak puteri...hehehe. Tapi memang tak puas hati kalau banyak lalat kan. Susah nak makan sesambil kena halau lalat.
Pha Is

Pha Is

11 Disember, 2013 19:49
tak layan sangat mee udang ni.. stakat boleh makan je la.. :)
titan

titan

11 Disember, 2013 23:53
jadi..bak sikit semangkuk maa..
Hanafi Abdullah

Hanafi Abdullah

13 Disember, 2013 06:44
lalat perkara biasa kat mana-mana restoren pun waima dalam restoren berhawa dingin..
Kak Long Mawar Merah

Kak Long Mawar Merah

16 Disember, 2013 19:24
Suka makan mee udang. Tapi pernah makan di Kuala Sepetang saja. Tempat lain, belum pernah cuba.
Malaysia Tercinta

Malaysia Tercinta

17 Disember, 2013 01:09
@Balasan Mesti cuba...lagi sedap (menurut tekak saya) daripada Kuala Sepetang.
reezluv

reezluv

23 Disember, 2013 14:06
area situ memang banyak..bersepah..hoho kena try gak ni area situ..:D
Tanpa Nama

Tanpa Nama

11 Mei, 2014 16:40
kampung aq tu...beli sate dia pon sedap jgak...
as

as

24 Januari, 2016 22:22
Thanks for the entry, mmg ssdp ssgt mee udang tu.

Catat Ulasan

Cancel
Click to go to top