Tarikh Dan Cara Pembayaran BR1M 2017 [Terkini]

Tarikh pembayaran, jumlah serta kaedah agihan BR1M 2017.

Berita baik untuk penerima dan bakal penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017. Kadar BR1M akan dinaikkan bagi semua kategori sepertimana diumumkan dalam Bajet 2017.

Berikut dikongsikan beberapa maklumat penting mengenai cara pembayaran, amaun dan jangkaan tarikh bila dapat duit BRIM 2017.

[Update 17 Feb 2017] Pembayaran ansuran pertama BR1M 2017 akan dibuat mulai 18 Februari 2017 bagi baucar tunai sahaja. Bayaran debit terus ke akaun bank akan bermula 22 Feb 2017 (sumber).


Tarikh Pembayaran BR1M 2017

Pembayaran BR1M 2017 kepada penerima di bawah kategori isi rumah (ketua keluarga atau warga emas) akan diagihkan secara berperingkat tiga kali setahun iaitu pada bulan Februari, Jun dan Ogos 2017.

Manakala pembayaran kepada penerima kategori individu/bujang akan dibuat sekaligus mulai Februari 2017.

jadual pembayaran BR1M 2017

Jadual di bawah menunjukkan ringkasan tarikh dan amaun pembayaran BRIM mengikut kategori pendapatan bulanan.

Tarikh bayaran bermula Pendapatan bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah (termasuk e-Kasih) Pendapatan bulanan isi rumah RM3,001 hingga RM4,000 Individu bujang 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah
18 Feb (baucar)
22 Feb (masuk akaun)
RM400 RM300 RM450
Jun 2017 RM400 RM300 ---
Ogos 2017 RM400 RM300 ---
Total RM1200 RM900 RM450


Cara Pembayaran BR1M 2017

Bagi penerima yang ada mengisi maklumat akaun bank semasa memohon, pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima, manakala penerima yang tiada akaun bank akan menerima baucar BR1M, yang boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Untuk menyemak samada permohonan BR1M anda berjaya atau tidak (serta mengemukakan rayuan sekiranya anda gagal), sila layari Semakan Status Permohonan Dan Rayuan BR1M.

BR1M

Anda boleh ajukan sebarang soalan mengenai tarikh dan cara pembayaran BRIM 2017 dengan menghubungi:

  • Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 atau 03-88824566
  • Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
  • Email kepada br1m@treasury.gov.my

Semoga info ini berguna untuk semua.

Click to go to top