Borang SPA8i: Panduan Pendaftaran, Permohonan Dan Semakan Online

|  4 ulasan

Bagi pembaca yang berminat untuk bekerja di sektor awam, berikut adalah cara-cara mendaftar, memohon serta menyemak permohonan pekerjaan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) secara online melalui SPA8i.


Mendaftar dengan SPA8i

Sebelum layak memohon jawatan SPA8i, anda hendaklah mendaftar terlebih dahulu dengan mengisi borang pendaftaran akaun baru SPA8i di sini.


Mengisi borang / memohon jawatan SPA8i

  1. Sila layari Laman Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) di sini.

    pendaftaran SPA8i

    Antaramuka login SPA8i terbaru (2015)

  2. Masukkn MyID (nombor kad pengenalan) dan Kata Laluan, kemudian tekan butang Log Masuk.
  3. Sebelum mengisi borang, pemohon dinasihatkan supaya membaca terlebih dahulu Maklumat Jawatan (Gaji / Syarat Lantikan / Deskripsi Tugas) untuk memastikan pemohon memohon jawatan yang sesuai dengan kelayakan yang dimiliki.
  4. Isi borang SPA8i dan hantar. Sila rujuk manual mengisi borang SPA8i sebagai panduan.


Semakan berkaitan permohonan

Sebarang semakan berkaitan permohonan SPA anda boleh dibuat secara atas talian dari halaman "Pemohon Pekerjaan" di pautan:

http://www.spa.gov.my/web/guest/pemohon-pekerjaan 

Halaman ini menyediakan pautan ke aplikasi-aplikasi semakan online. Di antara maklumat yang boleh disemak secara online ialah Penjadualan dan Keputusan Peperiksaan/Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan; Penjadualan Assessment Centre; Penjadualan Temuduga/Pemeriksaan Fizikal; Penjadualan dan Keputusan Temuduga; dan Surat Setuju Terima Tawaran.

Pemohon boleh mengemaskini borang SPA8i dan menyemak status permohonan pada bila-bila masa.

Sila klik sini untuk panduan lengkap serta rahsia lulus temuduga kerajaan dengan mudah.

4 ulasan

Denaihati

Denaihati

06 April, 2014 11:31
semuanya dihujung jari, mudahan ramai yang memanfaatkan sebaiknya.
Tanpa Nama

Tanpa Nama

11 April, 2014 01:44
Bagaimana dan bila boleh memohon jawatan polis PDRM?
Intelligents Intelligents

Intelligents Intelligents

06 Januari, 2015 16:17
aku rasa spa ni blum cukup BAGUS dlm pemilihan/tapisan calon yg berjaya utk true temuduga sal blik2 aku apply jwpn dorang "Tidak Melepasi Syarat-syarat Semasa Yang Ditetapkan Oleh Suruhanjaya" sdgkan aku dh bkhidmat kat kerjaan lebih 10 tahun..exam KPSL aku dh lulus..hempeh betul spa ni...
Ulasan baru tidak dibenarkan.
Click to go to top