Penamatan Catuan Bekalan air 30 April 2014

Catuan bekalan air akan tamat hari ini! Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengumumkan catuan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan berakhir hari ini 30 April 2014. Bekalan air akan pulih seperti biasa bermula esok Khamis 1 Mei 2014.

Penamatan ini melibatkan semua pelan catuan air yang sedang berjalan sekarang iaitu Pelan Catuan Bekalan peringkat pertama, ketiga dan keempat.

Penamatan catuan air dibuat susulan permohonan kerajaan negeri Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) supaya pengagihan air berjadual itu ditarik balik ekoran peningkatan paras dan simpanan air di Empangan Sungai Selangor kepada 40.23 peratus.

catuan bekalan air tamat

Walau bagaimanapun kerajaan negeri Selangor juga memaklumkan jika paras Empangan Sungai Selangor susut semula hingga ke tahap kritikal, langkah mengurangkan pelepasan air dari empangan (yang menjurus kepada catuan) akan dipertimbangkan semula.

Sumber: Bernama