Semak Samada Kursus Universiti Diiktiraf JPA/MQA

|  2 ulasan

Sebelum memutuskan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) dalam kursus pilihan anda, elok sekiranya anda menyemak dulu untuk memastikan samada kelayakan / program pengajian dari universiti tersebut  diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan MQA*.

Kenapa perlu pastikan kursus/kelayakan diiktiraf JPA? Kerana kerajaan hanya melantik calon yang mempunyai kelayakan yang diiktiraf kerajaan Malaysia (melalui JPA) untuk berkhidmat di sektor awam. Selain itu, ianya memudahkan anda penajaan / pinjaman pengajian. Rugilah kalau anda habiskan masa, tenaga dan duit untuk belajar di universiti terbaik tapi kelayakan (sijil / diploma / ijazah) anda "tak laku" dek kerana tidak diiktiraf JPA.


Semakan Kelayakan Yang Diiktiraf JPA Online

Semakan pengiktirafan kelayakan (qualification accreditation) boleh dibuat secara online di laman web Semakan Pengiktirafan Kelayakan Online eSisraf. Laman semakan ini hanya menyenaraikan program pengajian di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Pertama sahaja namun ia meliputi semua IPT dalam atau luar negara:

https://app.mohe.gov.my/iktiraf/semakan.php?pg=2


Universiti/IPT Yang Diiktiraf JPA?

Jangan terpedaya atau tertipu dengan kenyataan seperti berikut:

"Universiti / kolej / institut / akademi kami diiktiraf JPA."

kerana ianya mengelirukan (misleading).

Ingat, JPA hanya mengiktiraf kelayakan/program pengajian, bukan institusi pengajian.

Nota: Cetakan perincian pengiktirafan dari laman web semakan di atas boleh digunakan sebagai Surat Pengiktirafan Ijazah JPA. Pastikan anda membawanya bila menghadiri temuduga untuk jawatan kerajaan.

semak pengiktirafan kursus pengajian oleh JPA eSisraf

*Lazimnya program pengajian dan kelayakan yang telah diakredit oleh MQA akan diiktiraf oleh JPA. Jadi laman semakan ini juga boleh digunakan untuk menyemak kelayakan yan diiktiraf Malaysian Qualifications Register (MQA).

2 ulasan

Tanpa Nama

Tanpa Nama

22 April, 2014 14:39
Adakah pengiktirafan JPA sama dengan akreditasi MQA?
Malaysia Tercinta

Malaysia Tercinta

22 April, 2014 14:54
@Balasan Tak sama.
Akreditasi merupakan satu pengiktirafan rasmi kepada IPT bahawa sijil, diploma atau ijazah yang akan dianugerahkan kepada graduan adalah selaras dengan standard yang ditetapkan oleh MQA.
Pengikitirafan pula bermaksud penerimaan satu-satu kelayakan oleh pihak-pihak tertentu bagi tujuan tertentu. Sebagai contoh, pengiktirafan kerajaan melalui JPA adalah syarat untuk dipertimbangkan berkhidmat di sektor awam.
Pada prinsipnya, program pengajian dan kelayakan yang telah diakredit oleh MQA akan diiktiraf oleh JPA.
sumber: http://www.mqa.gov.my/mqr/faq.cfm
Ulasan baru tidak dibenarkan.
Click to go to top