Semakan Keputusan Matrikulasi KPM Sesi 2014/2015

|  5 ulasan

Keputusan calon yang berjaya ke Program Matrikulasi KPM sesi 2014/2015 akan diumumkan pada 24 April 2014. Pelajar-pelajar SPM 2013 yang telah mengemukakan permohonan boleh membuat semakan tawaran secara online dan SMS.


Semak tawaran Matrikulasi secara online

Semakan online boleh dibuat melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), di halaman aplikasi semakan di pautan berikut:

Semakan Tawaran Kolej Matrikulasi


Semak tawaran Matrikulasi melalui SMS

Perkhidmatan mySMS untuk semakan tawaran Matrikulasi KPM akan diaktifkan bermula 12:01 pagi 24 April dan berakhir pada 11:59 malam 27 Mei 2014.

semakan keputusan matrikulasi 2014 2015

Berikut adalah cara membuat semakan keputusan Matrikulasi KPM melalui SMS:

  1. Taipkan:

    MOE<jarak>MAT<jarak>[No Kad Pengenalan]

    Contoh: MOE  MAT  930325035243

  2. Hantarkan SMS ke 15888

Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.

Bagi calon yang berjaya dan ditawarkan ke Program Matrikulasi KPM sesi 2014/2015, mereka dikehendaki membawa bersama surat tawaran, panduan pendaftaran, dokumen maklumat pelajar serta borang perjanjian pelajar (dua salinan).


Rayuan Program Matrikulasi 2014/ 2015

Bagi calon yang tidak berjaya, rayuan boleh terus dibuat melalui laman web http://www.moe.gov.my mulai 24 April 2014.

Sila hubungi Bahagian Matrikulasi KPM di talian 03-88844036 / 4040 / 4083 pada hari bekerja dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang untuk sebarang pertanyaan.

Semoga berjaya dan good luck!

5 ulasan

Muhammad Khairuddin Lim

Muhammad Khairuddin Lim

23 April, 2014 22:23
Sahabat semakan 24 april bukan 24 mei 2014
Malaysia Tercinta

Malaysia Tercinta

24 April, 2014 09:00
@Balasan Thanks. Typo dah diperbetulkan.
Ismail N

Ismail N

24 April, 2014 10:00
Kawe tak masuk matriks dulu. Lambat sikit pi IPT via STPM. Not sure mana yg better - form 6 or matriks. Apa-apa mereka2 yg apply masuk IPT from SPM, kawe doakan berjaya dan terus menimba ilmu di mana kamu berada. All the best
Lyana Edayu

Lyana Edayu

29 April, 2014 23:07
bila tarikh pengesahan bagi sesiapa yang nak masuk matrik tutup ???
Nazihah Safuan

Nazihah Safuan

04 Mei, 2014 15:45
tarikh pengesahan matrik tutup bila? have to make a decision.

Catat Ulasan

Cancel
Click to go to top