Pindaan Kepada Garis Panduan Baucar Buku 1Malaysia BB1M 2014

|  15 comments

Pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) adalah bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian serta memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.

Berkuatkuasa 1 Mei 2014 garis panduan BB1M diperkemas dan diperketatkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memastikan pemberiannya mencapai matlamat. Antara lain penerima BB1M tidak lagi boleh menggunakan 20% daripada nilai  yang tidak dapat dihabiskan untuk membeli barangan lain selain buku (seperti alatulis dsb).  

Berikut adalah beberapa hightlight yang terdapat dalam garis panduan BB1M tahun 2014:


Tempoh Perlaksanaan

Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) ini sah diguna pakai selama tujuh (7) bulan sahaja iaitu mulai 1 Januari hingga 31 Julai 2014.


Kadar Bantuan

Setiap pelajar yang layak akan menerima BB1M berjumlah RM250, di mana setiap pelajar akan menerima 5 keping baucar bernilai RM50 setiap satu.


Tatacara Penyaluran Dan Penebusan BB1M

    panduan baucar BB1M
  • Pelajar hendaklah menggunakan kesemua baucar bernilai RM250 untuk tujuan pembelian buku-buku akademik, jurnal dan majalah ilmiah sahaja.
  • BB1M tidak boleh dipindah milik, ditukarkan dalam bentuk wang tunai atau dijualkan kepada pihak ketiga.
  • Pelajar yang menerima lebih daripada lima (5) keping BB1M perlu memulangkan lebihan tersebut kepada institusi pengajian/agensi penyelaras. Sebarang penebusan melebihi lima (5) keping BB1M boleh dikenakan tindakan undang-undang.
  • Pembelian yang melebihi RM250 adalah di bawah tanggungan pelajar dan tuntutan tambahan tidak boleh dibuat kepada Kerajaan.

Untuk meneliti syarat/peraturan baru sila download dokumen Garis Panduan Pemberian BB1M 2014 kepada Pelajar dan Garis Panduan Pemberian BB1M 2014 bagi Pekedai Buku.

Hubungi urusetia BB1M melalui e-mel bb1m@moe.gov.my untuk sebarang pertanyaan.

15 comments

Unknown

Unknown

02 Mei, 2014 06:56
Good sharing thanks! Luckily I used up the voucher before 1st May.
Mia Liana

Mia Liana

02 Mei, 2014 11:55
thanks for sharing.... ada pindaan rupanya...
Chekgu Azrine

Chekgu Azrine

02 Mei, 2014 14:39
Dah guna hbs..hehe..
Ala..lps ni dah xblh la guna utj bli stationery ek
Malaysia Tercinta

Malaysia Tercinta

02 Mei, 2014 16:34
@Balasan Strictly untuk buku dan majalah ilmiah sahaja. Stationery dan majalah Mangga takleh :)
Camera Bag

Camera Bag

02 Mei, 2014 20:24
Sangat menarik dan sangat bermanfaat...
Maria Firdz

Maria Firdz

03 Mei, 2014 12:05
nice info...

salam ziarah dari blog kak mia...:)
Shahrul Yusof

Shahrul Yusof

03 Mei, 2014 12:29
BB1M ni banyaknya student guna untuk beli novel-novel. Kira bagus jugak ada BB1M ni sebab banyak menaikkan industri penerbitan buku di Malaysia.
Cikgu Hairul

Cikgu Hairul

04 Mei, 2014 08:41
Mesti ramai yang salahguna boucher ni dulu. Ramai yang tak jujur. Dah diberi bantuan beli buku, benda lain pulak dibelinya. Yang jual boucher tu lagi la tak boleh blah..
Wafa cw

Wafa cw

04 Mei, 2014 13:26
@Balasan Majalah Mangga? whoahahaahaaha... adei...
Denaihati

Denaihati

04 Mei, 2014 14:18
baki tu kena beli buku jugalah kalau nak dihabiskan....harap pelajar faham.
wafacw

wafacw

04 Mei, 2014 14:29
kalau ik...untung student sekarang dapat duit beli buku... time saya dulu, terhegeh-hegeh fotostat... sedih bila tengok orang yang mampu beli buku original...
Malaysia Tercinta

Malaysia Tercinta

05 Mei, 2014 10:17
@Balasan Balik kepada tujuan asal voucher iaitu untuk kurangkan beban beli buku.
Malaysia Tercinta

Malaysia Tercinta

05 Mei, 2014 10:30
@Balasan Dulu buku second hand jadi rebutan
Malaysia Tercinta

Malaysia Tercinta

05 Mei, 2014 10:52
@Balasan Agaknya la sebab tu kerajaan terpaksa keluarkan peraturan baru.

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Cancel