Keputusan Final Piala Thomas 2014

|  5 ulasan

Kejohanan Badminton Piala Thomas Li-Ning BWF 2014 akan menyaksikan Malaysia bertemu Jepun di perlawanan akhir. Keputusan juara Piala Thomas 2014 akan ditentukan hari Ahad ini di Stadium Siri Fort, New Delhi, India.

Jepun Juara Piala Thomas 2014!

(Sila skrol ke bawah untuk melihat keputusan penuh)

Malaysia telah menumpaskan Indonesia 3-0 di peringkat separuh akhir. Ini adalah kali keempat belas Malaysia layak ke perlawanan akhir. Kali terakhir Malaysia layak ke final ialah ialah pada tahun 2002, manakala kali terakhir Malaysia muncul juara Piala Thomas ialah pada tahun 1992.

Jepun the giant killer pula membuat kejutan besar dengan mengalahkan juara sembilan kali, China 3-0 di peringkat separuh akhir. Jepun mencacat sejarah bila layak ke perlawanan akhir Thomas Cup buat julung kalinya.

juara Piala Thomas Cup 2014

Siapa yang akan muncul juara Thomas Cup 2014? Jom sama-sama kita saksikan siaran langsung pada pukul 5:30 petang hari Ahad 25 Mei 2014 di Astro dan RTM.

Keputusan semasa Piala Thomas akan dikemaskini sepanjang perlawanan berlangsung.

Keputusan Perlawanan Akhir Piala Thomas 2014

malaysiaflag Malaysia 23 Jepun japanflag      

Perseorangan Pertama

Lee Chong Wei 20 Kenichi Tago    

21 – 12, 21 – 16

Beregu Pertama

Tan Boon Heong/Hoon Thien How 12 Kenichi Hayakawa/Hiroyuki Endo  

21 – 12, 17 – 21, 19 – 21

Perseorangan Kedua

Chong Wei Feng 0 2 Kento Momota   

15 – 21, 17 – 21

Beregu Kedua

Goh V Shem / Tan Wee Kiong 2 1 Keigo Sonoda/Takeshi Kamura       

19 – 21, 21 – 17, 21 – 12  

Perseorangan Ketiga

     Liew Daren 1 2 Takuma Ueda

12 – 21, 21 – 18, 17 – 21

Bulan depan kita pakat layan bolasepak Piala Dunia FIFA.

5 ulasan

Hero Borneo

Hero Borneo

25 Mei, 2014 23:50
aduh!,...Saya agak kecewa Malaysia kalah dalam piala Thomas
Tanpa Nama

Tanpa Nama

26 Mei, 2014 00:03
sy pn kecewa sgt2...ape blh buat
Tanpa Nama

Tanpa Nama

26 Mei, 2014 00:07
x dapat la cuti
Tanpa Nama

Tanpa Nama

26 Mei, 2014 10:14
@Balasan kalau boleh tu tukarlah pemain yang lembik tu....
Tanpa Nama

Tanpa Nama

26 Mei, 2014 16:15
nyampah tul..setiap kali tengok...kalah..kalau tak tengok dan buat tak tahu ..menang pulak..seeloknya buat tak tahu je..

Catat Ulasan

Cancel
Click to go to top