MalaysiaTercinta.com Kini Lebih Responsive, Mesra Mobile Dan Ringan

|  6 comments

Blog MalaysiaTercinta.com kini lebih responsive, ringan dan laju berbanding sebelum ini. Dengan perkembangan terbaru ini, diharap anda lebih selesa melayari maklumat dan tips bermanfaat yang kami kongsi.

Dua perkara kami telah tambahbaik, iaitu penggunaan responsive layout (responsive design) dan penambahan mobile version.

Layout yang responsive akan membolehkan anda melayari MalaysiaTercinta.com menggunakan pelbagai saiz skrin. Susunatur akan berubah secara automatik untuk memenuhi ruang skrin, tanpa mengurangkan tahap kebolehbacaan dan navigasi.

Manakala versi mobile blog ini membolehkan anda melayarinya dengan lebih laju. Ianya lebih mobile-friendly - ringan, responsive dan pada masa yang sama mengekalkan wajah versi asal. Pelawat akan dilayan dengan versi mobile secara automatik bila melayari menggunakan gajet atau telefon pintar. Versi mobile bukan sahaja nampak slim, ia sememangnya slim. Malah berdasarkan ujian GTmetrix, ianya 70% lebih ringan dan 60% lebih laju dari versi asal!

malaysia tercinta baru

Versi mobile juga boleh diakses menggunakan komputer. Ini amat berguna sekiranya anda menghadapi masalah talian internet perlahan atau habis kredit broadband. Sila tekan butang "Versi Mobile" pada menu di bawah header untuk bertukar ke versi mobile, dan alami perbezaannya ... ceewaah! Untuk kembali ke versi asal, klik butang "Versi Web".

6 comments

Abdur

Abdur

14 Mei, 2014 11:35
Senang nak loading
Perling Putih

Perling Putih

14 Mei, 2014 18:44
Tahniah...terus maju ke hadapan
nikkhazami

nikkhazami

15 Mei, 2014 01:03
penambah baikkan yang bagus. selamat maju jaya!
titan

titan

15 Mei, 2014 20:30
kalau laju..memang banyak kelebihannya. hoho
Denaihati

Denaihati

15 Mei, 2014 22:31
mudahan lebih sukses lagi dengan penambahbaikan ni.

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Cancel