Sultan Perak Sultan Azlan Shah Mangkat

|  1 ulasan

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah telah mangkat pada pukul 1.30 tengah hari tadi (28 Mei 2014) di usia 86 tahun. Pegumuman kemangkatan baginda dibuat oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir melalui siaran secara langsung di RTM.

Al-Fatihah untuk Almarhum dan takziah buat seluruh warga Perak.

Pengkebumian akan diadakan esok selepas solat Asar di Makam Diraja Kuala Kangsar. MB Perak turut mengisytiharkan esok cuti umum bagi Perak sempena hari pemakaman Almarhum Sultan.

Berikutan kemangkatan Sultan Azlan Shah, MB Perak mengumumkan bendera Perak dikibarkan separuh tiang sepanjang tempoh berkabung 100 hari bermula hari ini, manakala bendera Malaysia dikibar separuh tiang selama tujuh hari.

Sultan Azlan Shah

Almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Shah telah diputerakan pada 19 April 1928 di Batu Gajah, Perak. Almarhum telah dimahkotakan sebagai Raja Muda Perak pada 1 Julai 1983 dan kemudiannya mewarisi takhta negeri Perak pada 3 Februari 1984 sebagai Sultan Perak yang ke-34. Almarhum juga adalah Yang DiPertuan Agong Malaysia yang kesembilan.

1 ulasan

Catat Ulasan

Cancel
Click to go to top