Permohonan Ke Program Sarjana Muda Politeknik Sesi September 2014

Permohonan untuk kemasukan ke program Sarjana Muda Politeknik Sesi September 2014 untuk calon lepasan Diploma dan Diploma Lanjutan Politeknik.

Permohonan boleh dibuat secara online melalui Aplikasi Dalam Talian (e-Borang) mulai 10 Julai 2014, jam 12.00 tengah hari sehingga 04 Ogos 2014.


Maklumat program dan syarat kelayakan

Maklumat dan syarat kemasukan ke program-program yang ditawarkan:

permohonanpoleknik9


Cara Memohon Ke Program Sarjana Muda Politeknik Sesi September 2014

Permohonan boleh di buat secara online sahaja.

  1. Beli Nombor Unik ID Kategori B yang berharga RM15.60 di Bank Simpanan Nasional. Nombor UNIK ID yang telah digunakan bagi permohonan kemasukan ke IPTA sesi akademik 2014/2015 masih boleh di guna pakai untuk permohonan ini. Nombor Unik ID akan mula dijual mulai 9 Julai 2014 di semua cawangan BSN di seluruh negara.
  2. Apply secara online melalui Aplikasi Dalam Talian (e-Borang) di laman berikut:  

    e-Borang Program Sarjana Muda Politeknik Sesi September 2014

    Gunakan No. MyKad dan No. Unik ID untuk mengakses borang permohonan.


Tempoh permohonan

Permohonan boleh dibuat secara online mulai 10 Julai 2014 jam 12.00 tengah hari sehingga 04 Ogos 2014.


Maklumat dan panduan

Untuk panduan dan maklumat tepat, lengkap dan terkini berkaitan permohonan, sila layari laman web Bahagian Pengambilan Pelajar Jabatan Pengajian Politeknik:

http://www.politeknik.edu.my/portalbpp/index.asp