Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM 2015

Permohonan secara online Kemasukan ke Tingkatan Satu Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) 2015 telah dibuka bermula 27 November 2014.


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PELAJAR KE TING. 1 MRSM

Syarat-syarat umum:

  • Pelajar dan ibu bapa mesti warganegara Malaysia.
  • Merupakan pelajar Bumiputera tahun enam, atau pelajar bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan.

Syarat-syarat khusus:

MRSM


CARA MEMOHON KE MRSM TINGKATAN 1 TAHUN 2015

  1. Pemohon boleh mendapatkan kata laluan secara percuma di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau MRSM yang berdekatan pada waktu pejabat bermula 27 November 2014.
  2. Sila bawa salinan MyKid dan salinan keputusan UPSR 2014 yang disahkan benar semasa mendapatkan kata laluan.
  3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online. Borang permohonan online boleh diakses di laman web berikut:

    Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1


TARIKH TUTUP PERMOHONAN MRSM TING. 1 2015

Tarikh akhir permohonan secara online ialah pada 10 Disember 2014.


SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN MRSM TING. 1 2015

Pemohon berkemungkinan boleh menyemak keputusan permohonan ke tingkatan 1 MRSM pada pertengahan bulan bermula 23 Januari 2015.