Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 4 MRSM 2015 Semenanjung Malaysia

|  4 comments

Permohonan secara online Kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tingkatan Empat tahun 2015 bagi Semenanjung Malaysia telah dibuka bermula 3 November 2014.

MRSM menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan ilmu, teknologi dan nilai-nilai keusahawanan bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik dan berintegriti. MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama.

MRSM


CARA MEMOHON KE MRSM TINGKATAN 4 TAHUN 2015

  1. Pemohon mestilah pelajar Tingkatan 3 yang sedang menuntut di  Sekolah Menengah Kebangsaan di Semenanjung Malaysia.
  2. Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pendidikan Malaysia tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM .
  3. Pemohon mestilah sekurang-kurangnya lulus mata pelajaran Matematik dan Sains dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 3.
  4. Pemohon boleh mendapatkan kata laluan secara percuma di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau MRSM yang berdekatan pada waktu pejabat bermula 3 November 2014 hingga 14 November 2014.
  5. Sila bawa salinan kad pengenalan dan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 3 yang disahkan benar serta angka giliran Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2014, semasa mendapatkan kata laluan.
  6. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online. Borang permohonan online boleh diakses di laman web berikut:

    Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4

  7. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang serta dokumen yang berkaitan ke alamat di bawah:

    (Permohonan ke Tingkatan 4 Tahun 2015)
    Pengarah, Bahagian Pendidikan Menengah,
    Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, 21, Jalan Raja Laut,
    50609 KUALA LUMPUR.


SYARAT KELAYAKAN MASUK KE TING. 4 MRSM

Pemohon mestilah memperoleh keputusan minimum 6A 4B dalam PT3 (tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Tambahan dan Pendidikan Kesenian) dan mendapat Gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains sebagai syarat kelayakan masuk ke MRSM.


TARIKH TUTUP PERMOHONAN MRSM TING. 4 2015

Tarikh akhir permohonan secara online ialah pada 14 November 2014.

Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewat-lewatnya pada 21 24 November 2014 .


SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN MRSM TING. 4 2015

Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2015. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2015, permohonan dianggap tidak berjaya.

4 comments

Unknown

Unknown

05 November, 2014 08:56
Kenangan dulu masa nak mohon ke MRSM.Akhirnya daripada kalangan rakan2 sekolahku , aku sorang je yang berjaya masuk ke MRSM muar. Alhamdulillah.
Tanpa Nama

Tanpa Nama

13 November, 2014 17:53
@Balasan Alhamdulillah...
Tanpa Nama

Tanpa Nama

17 November, 2014 10:27
Alhamdulillah..anak pertama aku berjaya ke MRSM PENGKALAN HULU, Sekarang nak apply untuk anak no 2 pulak... moga2 berjaya Amiiin..
Tanpa Nama

Tanpa Nama

15 Disember, 2014 16:57
Alhamdulillah.... anakku, first batch SPM 2013 MRSM Tumpat... merupakan antara pelajar terbaik SPM di sana ketika itu, dan memperolehi Anugerah Emas PASUM 2014. Sekarang baru buat Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan di UM.... Terima kasih MRSM... Moga menjadi contoh terbaik untuk adik-adik dan semua anak-anak Melayu terutamanya di MRSM Tumpat atas bimbingan dan peluang yang diberi..... Harapan saya sebagai ibunya, agar dia berjaya didunia dan akhirat.

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Cancel