Kadar Dividen Dan Bonus ASB Dari 1990 - 2017
Kadar dividen dan bonus ASB 2017 dan tahun-tahun lepas.
Pemegang saham amanah ASB menikmati pendapatan/keuntungan pelaburan dalam bentuk dividen dan bonus tahunan. Amanah Saham Nasional Bhd akan mengumumkan kadar dividen dan bonus ASB pada penghujung setiap tahun (akhir bulan Disember).
Pembayaran atau tarikh keluar dividen dan bonus ASB biasanya pada awal bulan Januari. Pembayaran dibuat secara dimasukkan terus ke dalam akaun ASB pelabur. Jumlah dividen dan bonus ASB anda boleh disemak secara online di portal MyASNB.
Sejarah Kadar Dividen Dan Bonus ASB
Untuk menilai prestasi dana ASB, berikut kami senaraikan kadar dividen dan bonus Amanah Saham Bumiputera sejak ia dilancarkan pada tahun 1990 sehingga kini.
Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember | Kadar Dividen ASB (sen/unit) | Kadar Bonus ASB (sen/unit) |
---|---|---|
2017 | 7.00 | 0.25 + 1.00 (bonus ulangtahun - utk baki sehingga 10,000 unit sahaja) |
2016 | 6.75 | 0.50 |
2015 | 7.25 | 0.50 |
2014 | 7.50 | 1.00 |
2013 | 7.70 | 1.00 |
2012 | 7.75 | 1.15 |
2011 | 7.65 | 1.15 |
2010 | 7.50 | 1.25 |
2009 | 7.30 | 1.25 |
2008 | 7.00 | 1.75 |
2007 | 8.00 | 1.00 |
2006 | 7.30 | 1.25 |
2005 | 7.25 | 1.75 |
2004 | 7.25 | 2.00 |
2003 | 7.25 | 2.00 |
2002 | 7.00 | 2.00 |
2001 | 7.00 | 3.00 |
2000 | 9.75 | 2.00 |
1999 | 8.50 | 1.50 + 2.00 (bonus istimewa) |
1998 | 8.00 | 2.50 |
1997 | 10.25 | 1.25 |
1996 | 10.25 | 3.00 |
1995 | 10.00 | 3.00 |
1994 | 9.50 | 4.50 |
1993 | 9.00 | 4.50 |
1992 | 7.50 | 5.00 |
1991 | 8.50 | 4.00 |
1990 | 8.00 | 6.00 |
Cuba bandingkan dengan Kadar Dividen dan Bonus Tabung Haji. Yang mana satu lebih memberangsangkan?
Cara Kira Dividen Dan Bonus ASB
Dividen kepada setiap pemegang unit dikira berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan ASB yang berakhir pada 31 Disember setiap tahun.
Manakala pengiraan bonus pula dibuat berdasarkan kepada purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh 10 tahun yang terdahulu.
Semoga info dividen dan bonus ASB di atas berguna buat rujukan/kajian para pembaca.
Baca juga:
4 comments
Muhammad Khairuddin Lim
18 Disember, 2014 18:35mselim3
19 Disember, 2014 22:22Terima kasih.. perkongsian yang sangat2 dicari..
mselim3
Ikhwan Fahmi
21 Disember, 2014 02:13aman shah
25 Jun, 2015 17:42