Semakan & Rayuan KV, SMT dan IKBTN 2016

Semakan keputusan Permohonan Kemasukan ke Kolej Vokasional (KV), Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Institusi Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) ambilan tahun Januari 2016 boleh dibuat secara online mulai 18 sehingga 25 Januari 2016.


Semakan Tawaran ke KV, SMT Dan IKTBN Ambilan 2016

Pemohon boleh membuat semakan keputusan permohonan secara online menerusi laman web Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan berikut:

sptv.moe.gov.my

Sila masukkan nombor MyKad atau angka giliran dan klik butang "Semakan" untuk menyemak.

semakan-kolej-vokasional-SMT

Sekiranya permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional / Sekolah Menengah Teknik / IKTBN anda berjaya, sila sahkan samada anda menerima atau menolak tawaran; dan cetak surat tawaran sekiranya anda terima.


Rayuan ke Kolej Vokasional, SMT Dan IKTBN Ambilan 2016

Pemohon yang tidak berjaya ditawarkan boleh mengemukakan rayuan dengan menghadirkan diri secara walk-in ke institusi yang dipohon.

Sesi rayuan adalah seperti berikut:

Institusi Tarikh
Kolej Vokasional & Sekolah Menengah Teknik 27 Jan hingga 29 Feb 2016

Institusi Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)

  • IKTBN Pagoh
  • IKTBN Bukit Mertajam

27 Jan dan 28 Jan 2016 sahaja

Permohonan rayuan akan diproses berdasarkan kekosongan program dan keputusan Ahli Jawatankuasa Pemilihan Murid di institusi yang dipohon. Pemohon yang berjaya akan dihubungi oleh institusi tersebut.

Click to go to top