Senarai Sekolah Tunda Sesi Persekolahan Seminggu Akibat Banjir

Menurut kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 9 Januari 2015, sebanyak 41 buah sekolah yang masih terlibat banjir, ditunda permulaan sesi persekolahan 2015 selama seminggu lagi.

Sekolah-sekolah yang terlibat ialah 4 buah di negeri Kelantan, 18 buah di negeri Pahang dan 19 buah di negeri Perak. Dengan penundaan ini, maka tarikh baru permulaan sesi persekolahan di sekolah-sekolah tersebut adalah seperti berikut:

  • Bagi sekolah-sekolah terlibat di negeri Kelantan, tarikh permulaan sesi persekolahan adalah pada 18 Januari 2015 (Ahad).
  • Manakala bagi sekolah-sekolah terlibat di negeri Perak dan Pahang, tarikh permulaan sesi persekolahan adalah pada 19 Januari 2015 (Isnin).

Berikut adalah senarai sekolah-sekolah yang ditunda sesi persekolahannya kerana masih terlibat dengan banjir (setakat 9 Januari 2015).

[Update] Tiga sekolah di Gua Musang, Kelantan ditunda sesi persekolahan, iaitu SK Pasir Tumboh, SK Tohoi dan SK Balar. Manakala SK Lela Jasa (Kuala Krai) disahkan boleh dibuka esok 11 Jan 2015.

senarai sekolah terlibat banjir


Perak

1. SK Bandar (Perak Tengah)
2. SK Bandar Tua (Perak Tengah)
3. SK Pulau Tiga Kiri (Perak Tengah)
4. SK Tok Pelita (Perak Tengah)
5. SK Lambor Kanan (Perak Tengah)
6. SK Tanjung Bidara (Perak Tengah)
7. SK Pasir Panjang Hulu (Perak Tengah)
8. SK Pulau Juar (Perak Tengah)
9. SK Selat Pulau (Perak Tengah)
10. SK Changkat Banjar (Perak Tengah)
11. SK Pasir Kubu (Perak Tengah)
12. SK Teluk Kepayang (Perak Tengah)
13. SMK Sultan Muzaffar Shah 1 (Perak Tengah)
14. SMK Sungai Ranggam (Perak Tengah)
15. SMK Dato Maharajalela (Perak Tengah)
16. SABK Ehyak Diniah (Perak Tengah)
17. SMK Lambor Kiri (Perak Tengah)
18. SK Kayan (Manjung)
19. SJK (T) Kayan (Manjung)


Kelantan

1. SMK Dabong (Kuala Krai)
2. SK Dabong (Kuala Krai)
3. SK Kemubu (Kuala Krai)
4. SK Lela Jasa (Kuala Krai) see update
4. SK Pasir Tumboh (Gua Musang) see update
5. SK Tohoi (Gua Musang) see update
6. SK Balar (Gua Musang) see update


Pahang

1. SMK Pulau Tawar (Jerantut)
2. SK Kampung Pagi (Jerantut)
3. SK Gintong (Jerantut)
4. SMK Paloh Hinai (Pekan)
5. SMK Dato Mahmud Mat (Pekan)
6. SK Mambang (Pekan)
7. SK Langgar (Pekan)
8. SK Temai (Pekan)
9. SK Kampung Acheh (Pekan)
10. SK Pulau Rusa (Pekan)
11. SK Pulau Manis (Pekan)
12. SK Ganchong (Pekan)
13. SK Kinchir (Pekan)
14. SK Tanjung Medang (Pekan)
15. SK Sri Mualana
16. Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan (Pekan)
17. SMK Lepar (Pekan)
18. SK Ubai, Pekan (Kuantan)