Permohonan Calon Guru PISMP IPG 2017

|  2 comments

Permohonan ke Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi program PISMP. Permohonan secara online ke Institut Pendidikan Guru (dulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan) bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP) ambilan 2017.

[Baharu] Permohonan PISMP IPG 2018 Secara Online


Permohonan PISMP IPG

Berikut adalah maklumat penting mengenai permohonan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Dengan Kepujian ambilan 2017.

Pengambilan ke program calon guru tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia ini terbahagi kepada 3 bahagian:

  • Ambilan biasa bagi lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekolah biasa.
  • Ambilan khas bagi lulusan SPM dari Sekolah Seni Malaysia dan Sekolah Sukan Negara/Negeri dan Pribumi(calon Orang Asli dan Penan).
  • Laluan khas bagi lulusan UEC bagi bidang pengkhususan Bahasa Cina Pendidikan Rendah (SJKC), dan lulusan SMA/SMU bagi bidang pengkhususan Pendidikan Islam Pendidikan Rendah (SK).


Tempoh Permohonan PISMP

Permohonan PISMP boleh dikemukakan secara online dibuka mulai 23 Mac 2017 jam 12:00 tengahari sehingga 30 Mac 2017 jam 11:59 malam.


Cara Memohon PISMP IPG 2017

Permohonan (serta semakan) PISMP boleh dibuat secara online menerusi Aplikasi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan berikut:

https://pismp.moe.gov.my/

Sila rujuk pautan di atas untuk akses borang permohonan online, panduan permohonan online, maklumat mengenai syarat kelayakan, bidang yang ditawarkan serta syarat khusus bidang pengajian.

permohonan semakan ipg pismp


Semakan Keputusan Permohonan PISMP

Sila layari Semakan Keputusan Calon Guru PISMP IPG 2017.

Sila layari laman web KPM ( www.moe.gov.my) untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan permohonan.

Hubungi alamat atau nombor telefon berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan:

Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1 - 3, Blok 2250, Jalan Usahawan 1
63000 Cyberjaya, Selangor
(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan Pelajar)
No. Telefon : 03-8312 6693/ 6689/ 6627/ 6720/ 6733/ 6730/ 6731/ 6758/ 6760/ 6768/ 6769

Semoga maklumat permohonan program perguruan ini berguna buat lepasan SPM yang bercita-cita menjadi cikgu.

2 comments

imran

imran

17 Februari, 2015 21:19
selamat belajarlah kepada yang masih nak belajar, saya dah tak larat dah nak sambung belajar dekat ipt.
Ulasan ditutup