Semakan Keputusan SPM 2015 Online Dan SMS

Semakan Keputusan Peperiksaan SPM 2015 Secara SMS dan Online.

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2015 akan diumumkan keluar pada 3 Mac 2016. Ringkasan keputusan peperiksaan SPM boleh disemak secara online dan melalui SMS.

[Baharu] Semakan Keputusan SPM 2022 Online Dan SMS

Calon-calon boleh mendapatkan keputusan penuh daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada tarikh tersebut. Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat mereka mendaftar dahulu.

Semakan Keputusan SPM 2015 Online

Semakan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara online boleh dibuat melalui laman semakan di pautan berikut bermula 10.00 pagi pada hari keputusan diumumkan:

http://sppat.moe.gov.my/semakan/

Semakan Keputusan SPM 2015 melalui SMS

Semakan SPM melalui SMS boleh dilakukan mulai 10:00 pagi 3 Mac sehingga 11:59 malam 9 Mac 2016. Berikut adalah cara menyemak keputusan peperiksaan SPM melalui SMS:

semakan keputusan SPM 2015

  1. Taipkan:

    SPM<jarak>[No. KP]<jarak>[Angka Giliran]

    Contoh: SPM  971114035243  ABC123456

  2. Hantarkan SMS ke 15888

Anda akan dicaj 15 sen untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk setiap penerimaan.

Semoga anda mendapat SPM results yang cemerlang. Good luck!

Baca juga: