Semakan Keputusan Rayuan Tingkatan 6 Sesi 2016

|  2 ulasan

Semakan tawaran dan keputusan rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam Sesi 2016 di sekolah menengah bantuan penuh kerajaan untuk calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2015. Semakan boleh dibuat secara online dan SMS.


Semakan Tawaran Tingkatan 6


◎ Semak Tawaran Tingkatan 6 Secara Online

Semakan tawaran kemasukan ke Form 6 bagi sesi tahun 2016 boleh dibuat mulai 14 April 2016. Semakan secara online boleh dibuat melalui aplikasi Semakan Tawaran Tingkatan 6 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), di pautan berikut:

https://sst6.moe.gov.my/semakanT6/


◎ Semak Tawaran Tingkatan 6 Melalui SMS

Perkhidmatan mySMS untuk semakan status tawaran tingkatan 6 akan diaktifkan bermula jam 12:01 pagi pada tarikh keputusan permohonan diumumkan.

Berikut adalah cara membuat semakan tawaran tingkatan enam melalui SMS:

  1. Taipkan:

    MOE<jarak>T6<jarak>[No KP atau Angka Giliran]

    Contoh: MOE  T6  970325035243

  2. Hantarkan SMS ke 15888

Bagi calon yang berjaya dan bersetuju dengan tawaran, surat tawaran mesti dicetak segera dan dibawa semasa hari pendaftaran di sekolah yang ditetapkan pada 04 Mei 2016.


Rayuan Tingkatan 6


◎ Rayuan Kemasukan Tingkatan 6 Tahun 2016

Calon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan bermula pada 14 April 2016 sehingga 27 Mei 2016.

Sila rujuk Borang Rayuan Kemasukan ke Tingkatan Enam untuk panduan mengisi dan menghantar borang, serta dokumen-dokumen yang diperlukan. Borang rayuan boleh dimuat turun di sini.


◎ Semakan Keputusan Rayuan Tingkatan 6

Keputusan permohonan e-rayuan akan dimaklumkan kepada semua calon mulai 14 Jun 2016. Semakan keputusan rayuan kemasukan murid ke Tingkatan 6 boleh di buat di pautan berikut:

https://sst6.moe.gov.my/keputusanrayuanT6/

Semoga berjaya dan good luck!

2 ulasan

Ryan Gerard

Ryan Gerard

16 Jun, 2016 13:34
may i know why my rayuan tak berjaya ?
tomomo labby bibih meow popmohoho

tomomo labby bibih meow popmohoho

20 Jun, 2016 09:33
@Balasan Die tulis ape kt situ masa kmu check? Tulis tak layak ke

Catat Ulasan

Cancel
Click to go to top