Semakan Keputusan MUET Sesi Mac 2016

|  1 comments

Semakan keputusan ujian Malaysian University English Test (MUET) untuk sesi Mac 2016 boleh dibuat mulai 5 Mei 2016. Calon boleh menyemak secara online atau menggunakan perkhidmatan SMS.

[Baharu] Semakan Keputusan MUET Mac (Sesi 1) 2018


Semak Keputusan Ujian MUET Secara Online

Semakan online serta cetakan boleh dibuat menerusi aplikasi atas talian Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), di pautan berikut:

http://webmpm.mpm.edu.my/muet_result/


Semak Keputusan MUET Melalui SMS

Perkhidmatan mySMS untuk semakan result peperiksaan MUET sesi Mac 2016 akan diaktifkan bermula jam 10:01 pagi 5 Mei 2016 sehingga jam 11:59 malam, 4 Ogos 2016.

semakan keputusan MUET

Berikut adalah cara membuat semakan keputusan ujian MUET melalui SMS:

  1. Taipkan:

    MUET<jarak>RESULT<jarak>[No Kad Pengenalan]

    Contoh: MUET  RESULT  950325035243

  2. Hantarkan SMS ke 15888


Rayuan Penyemakan Semula Keputusan Ujian MUET

Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang diterima boleh memohon untuk semakan semula.

Rayuan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan MUET yang boleh dimuat turun (download) menerusi portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Tarikh permohonan rayuan dibuka dan ditutup, serta bayaran yang dikenakan ada dinyatakan di dalam borang berkenaan.

Semoga info mengenai semakan keputusan MUET Mac 2016 secara online dan SMS ini memberi manfaat buat pembaca.

1 comments

Hafiz Rahim

Hafiz Rahim

11 Oktober, 2015 17:38
Teringat dulu ambik result muet. Nasib baik memuaskan. Good luck pada calon2 yang tunggu result ye. hehe

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Cancel