Cadangan Waktu Perjalanan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Sempena Aidilfitri 2015

Berikut adalah jadual Cadangan Waktu Perjalanan (Travel Time Advisory) untuk Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sempena cuti Hari Raya Aidilfitri 2015. Jadual ini mengandungi cadangan perjalanan berperingkat mengikut masa dan destinasi tertentu antara Kuala Lumpur/ Selangor dan negeri-negeri Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Ia bertujuan untuk mengurangkan kesesakan di lebuhraya, plaza tol dan kawasan rehat pada 15 & 16 Julai 2015 untuk perjalanan balik kampung, dan 19 & 20 Julai 2015 untuk perjalanan kembali ke Kuala Lumpur/ Selangor.


Cadangan Waktu Perjalanan di LPT Sempena Perayaan Aidilfitri

Jadual berikut menunjukkan cadangan waktu masuk ke lebuhraya LPT di Plaza Tol Gombak bagi perjalanan balik kampung ke Pantai Timur, dan waktu masuk di semua plaza tol di negeri Pahang, Plaza Tol Jabor dan Plaza Tol Bentong bagi perjalanan pulang ke Lembah Klang.

Jadual Waktu Perjalanan LPT Hari Raya Aidilfitri

Cadangan Waktu Perjalanan LPT untuk Hari Raya Aidilfitri 2015
Klik gambar untuk saiz besar

Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi LPT-Line di nombor 09-5479111 (24 jam) atau layari Twitter@LPTTrafik.

Bagi pembaca yang tidak menggunakan Lebuhraya Pantai Timur untuk pulang beraya, sila rujuk laluan alternatif bagi mengelak dari kesesakan.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.