Kalendar Peperiksaan STPM 2016

|  0 ulasan

Berikut adalah Kalendar Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan (STPM) untuk tahun 2016 sepertimana disiarkan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Jadual ini mengandungi tarikh pendaftaran peperiksaan dibuka, tarikh pendaftaran ditutup, tarikh ujian lisan Bahasa Arab dan tarikh peperiksaan bertulis.

[Baharu] Kalendar Peperiksaan STPM 2017

Berikut adalah antara tarikh-tarikh penting peperiksaan STPM 2016 yang dinyatakan di dalam kalendar tersebut:

  • STPM 2016 Penggal 1
    • Pendaftaran dibuka: 16 Jun - 10 Julai 2015
    • Peperiksaan bertulis: 17, 19, 23 dan 24 November 2015
  • STPM 2016 Penggal 2
    • Pendaftaran dibuka: 16 Jun - 10 Julai 2015
    • Peperiksaan bertulis: 18, 19, 23 dan 24 Mei 2016
  • STPM 2016 Penggal 3
    • Pendaftaran dibuka: 16 Jun - 10 Julai 2015
    • Ujian lisan Bahasa Arab: 4, 5, 6, 10, 11 dan 12 Oktober 2016
    • Peperiksaan bertulis: 7, 8, 9, 10 dan 14 November 2016
  • STPM 2016 Ulangan Penggal 1
    • Pendaftaran dibuka: 18 April - 13 Mei 2016
    • Peperiksaanbertulis : 15, 16, 17 dan 21 November 2016
  • STPM 2016 Ulangan Penggal 2
    • Pendaftaran dibuka: 18 Julai - 12 Ogos 2016
    • Peperiksaan bertulis: 22, 23, 24 dan 29 November 2016

Sila rujuk kepada jadual di bawah untuk perincian. Semua tarikh pendaftaran dan peperiksaan STPM 2016 di atas adalah tertakluk kepada pindaan dan kelulusan Majlis Peperiksaan Malaysia.

kalendar peperiksaan STPM 2016 Klik imej untuk gambar besar & jelas

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Majlis Peperiksaan Malaysia di talian 03-61261600 sambungan 1661/1662/1663/1664/1664/1665.

Catat Ulasan

Cancel
Click to go to top