Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 & 4 MRSM 2017

Permohonan secara online kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ambilan 2017 bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak akan dibuka bermula 13 September 2016.

MRSM memberi keutamaan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah di luar bandar dan bandar.

[Update] Permohonan kemasukan ke MRSM Tingkatan Satu secara online dibuka semula selama tiga (3) hari bermula 18 hingga 20 November 2016.

Sebelum memohon, sila baca dahulu iklan permohonan dan panduan mengisi borang permohonan. Iklan permohonan mengandungi maklumat penting mengenai permohonan seperti program yang ditawarkan serta syarat-syarat kelayakan.

MRSM


Permohonan MRSM Tingkatan 1 2017

Permohonan dibuka kepada pelajar tahun enam yang telah menduduki peperiksaan UPSR 2016.

Berikut adalah pautan iklan dan syarat kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 tahun 2017:

  • Iklan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 Semenanjung di sini
  • Syarat Umum Kelayakan Masuk Ke MRSM Tingkatan 1 Semenanjung di sini
  • Iklan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 Sabah Sarawak di sini
  • Syarat Umum Kelayakan Masuk Ke MRSM Tingkatan 1 Sabah Sarawak di sini


Cara Memohon MRSM Tingkatan 1

Langkah-langkah memohon kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 ambilan 2017 adalah seperti berikut:

  1. Daftar terlebih terlebih dahulu untuk mendapatkan katalaluan Permohonan Kemasukan ke MRSM. Pendaftaran boleh dibuat di:

    https://mohon.mrsm.edu.my/form1/registerUser.jsp

  2. Buat permohonan secara online di laman web berikut. Gunakan nombor kad pengenalan / sijil kelahiran dan kata laluan untuk login:

    https://mohon.mrsm.edu.my/form1/login.jsp

  3. Cetak borang permohonan dan simpan.


Permohonan MRSM Tingkatan 4

Berikut adalah capaian iklan dan syarat permohonan kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 2017:

  • Iklan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 Semenanjung di sini
  • Syarat Umum Kelayakan Masuk Ke MRSM Tingkatan 4 Semenanjung di sini
  • Iklan Dan Syarat Kemasukan MRSM Tingkatan 4 Sabah Sarawak di sini


Cara Memohon MRSM Tingkatan 4

Langkah-langkah memohon kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 ambilan 2017 adalah seperti berikut:

  1. Daftar terlebih terlebih dahulu untuk mendapatkan katalaluan Permohonan Kemasukan ke MRSM. Pendaftaran boleh dibuat di:

    https://mohon.mrsm.edu.my/form4/registerUser.jsp

  2. Buat permohonan secara online di laman web berikut. Gunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan untuk login:

    https://mohon.mrsm.edu.my/form4/login.jsp

  3. Cetak borang permohonan dan simpan.
  4. Bagi permohonan MRSM di Sabah dan Sarawak, sila pos cetakan borang dan dokumen sokongan yang telah disahkan ke ibu pejabat MARA. Tarikh akhir menghantar cetakan ialah 20 November 2015.


Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM)

Pemohon yang layak menduduki UKKM akan dimaklumkan melalui emel dan SMS.

Sila bawa cetakan borang permohonan dan dokumen sokongan yang telah disahkan ke pusat UKKM yang dipilih.


Tarikh Tutup Permohonan ke MRSM 2017

Tarikh tutup permohonan kemasukan ke MRSM 2017 (Tingkatan 1 & 4) ialah pada 21 Oktober 2016.


Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM 2017

Maklumat semakan keputusan permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 MRSM 2017 akan dikemaskini kemudian.

Nota: Pemohon yang ditawarkan atau sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pendidikan Malaysia tidak akan ditawarkan ke MRSM.

Click to go to top