Jadual Dan Harga Baharu Tiket ERL

Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) adalah syarikat yang mengendalikan tren KLIA Ekspres dan KLIA Transit di laluan KL Sentral-KLIA/KLIA2.

KLIA Ekspres merupakan tren terus tanpa henti dari KL Sentral ke KLIA/KLIA2 dan sebaliknya. Manakala KL Transit pula merupakan train biasa yang akan berhenti di 3 hentian selain KL Sentral dan KLIA, iaitu stesen Bandar Tasik Selatan (BTS), Putrajaya/Cyberjaya dan Salak Tinggi.

Berikut dikongsikan beberapa maklumat mengenai jadual perjaanan dan tambang KLIA Ekspres dan KLIA Transit.


Tambang / Harga Tiket ERL

Kadar tambang tren ERL akan dinaikkan bermula tahun 2016. Berikut adalah harga tiket KLIA Ekspres dan KLIA Transit berkuatkuasa 1 Januari 2016:

Jadual Dan Harga Tiket ERL schedula and fare

  • Kadar Tambang KLIA Ekspres

    Berikut adalah senarai harga baharu tambang KLIA Ekspres (KL Sentral-KLIA/KLIA2):

    Tambang Baharu (RM) Beli di kaunter Beli di kiosk/website/app
    Dewasa satu hala 55.00 49.50
    Kanak-kanak satu hala 25.00 22.50
    Dewasa pergi balik 100.00 90.00
    Kanak-kanak pergi balik 45.00 40.50

  • Kadar Tambang KLIA Transit

    Berikut adalah jadual harga baharu tambang KLIA Transit:

    Tambang Baharu (RM) KL Sentral Bandar Tasik Selatan (BTS) Putrajaya & Cyberjaya Salak Tinggi KLIA
    Bandar Tasik Selatan (BTS)

    6.50

    2.90

           
    Putrajaya & Cyberjaya

    14.00

    6.30

    8.00

    3.60

         
    Salak Tinggi

    18.30

    8.20

    12.40

    5.60

    4.70

    2.10

       
    KLIA

    55.00

    25.00

    38.40

    17.30

    9.40

    4.20

    4.90

    2.20

     
    KLIA2

    55.00

    25.00

    38.40

    17.30

    9.40

    4.20

    4.90

    2.20

    2.00

    1.00

    Huruf tegak untuk harga tiket dewasa, manakala huruf condong untuk harga tiket kanak-kanak.  Harga tiket pergi balik KLIA Transit adalah dua kali ganda harga tiket sehala, kecuali sektor KL Sentral-KLIA/KLIA2.


Jadual Perjalanan Tren ERL

Berikut adalah jadual perjalanan tren pertama dan tren terakhir KLIA Ekspres dan KLIA Transit. Sila klik pada gambar untuk paparan lebih besar/jelas.

  • Jadual KLIA Ekspres

    jadual KLIA Ekspres

    Kekerapan perjalanan adalah setiap 20 minit dalam waktu puncak, setiap 30 minit dalam waktu biasa, dan setiap 30 minit selepas tengah malam. Tempoh perjalanan ialah 28 minit untuk KLIA – KL Sentral, manakala 33 minit untuk KLIA2 – KL Sentral.

    Untuk jadual tren KLIA Ekspres yang terperinci (yang memaparkan masa setiap perjalanan), sila rujuk Jadual Perkhidmatan Tren KLIA Ekspres di sini.

  • Jadual KLIA Transit

    jadual KLIA Transit

    Kekerapan perjalanan adalah setiap 20 minit dalam waktu puncak, manakala setiap 30 minit dalam waktu biasa.

    Untuk jadual tren KLIA Transit terperinci (yang memaparkan waktu setiap perjalanan), sila rujuk Jadual Perkhidmatan Tren KLIA Transit di sini.

sumber: kliaekspres.com

Click to go to top