Semakan Keputusan PT3 2019 (Pentaksiran Tingkatan 3)

Tarikh dan semakan keputusan PT3 2019. Keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) biasanya akan keluar pada bulan Disember setiap tahun. Tarikh rasmi pengumuman keputusan PT3 2019 akan dikemaskini sebaik sahaja pengumuman dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).


Tarikh Pengumuman Keputusan Peperiksaan PT3

Tarikh rasmi pengumuman dan serahan keputusan PT3 2019 ialah pada 19 Disember 2019.


Semakan Keputusan PT3 2019 Online Dan SMS

Untuk makluman, setakat ini tiada perkhidmatan semakan secara online atau semakan melalui SMS disediakan untuk keputusan PT3.

Keputusan PT3 tahun 2019 hanya boleh diperolehi di sekolah bermula jam 10.00 pagi pada tarikh keputusan diumumkan. Calon hendaklah hadir sendiri ke sekolah masing-masing dengan berpakaian seragam sekolah untuk mengambil slip keputusan penuh peperiksaan PT3.

semakan check result keputusan peperiksaan PT3 online dan SMS


Semakan Semula Keputusan PT3

Calon yang tidak berpuas hati dengan result PT3 yang diterima, boleh memohon untuk penyemakan semula dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh pengeluaran keputusan. Permohonan semakan semula hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan PT3 yang boleh didapati di sekolah masing-masing.

Semoga maklumat ini berguna buat ibu bapa dan adik-adik yang sudah tidak sabar nak check result PT3 masing-masing.