Semakan Dan Rayuan Keputusan MUET Mac 2017

|  0 comments

Semakan keputusan Malaysian University English Test (MUET) untuk sesi Mac 2017 boleh dibuat mulai 5 Mei 2017. Calon boleh menyemak secara online atau menggunakan perkhidmatan SMS.


Semak Keputusan Ujian MUET Secara Online

Semakan online dan cetakan keputusan MUET sesi Mac 2017 boleh dibuat mulai jam 10:00 pagi melalui portal rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), di pautan berikut:

http://webmpm.mpm.edu.my/muet_result/


Semak Keputusan MUET Melalui SMS

Perkhidmatan mySMS untuk semakan result peperiksaan MUET sesi Mac 2017 akan diaktifkan bermula jam 10:00 pagi 5 Mei 2017 sehingga jam 11:59 malam, 4 Jun 2017.

semakan result keputusan MUET Mac 2017

Berikut adalah cara membuat semakan keputusan ujian MUET melalui SMS:

  1. Taipkan:

    MUET<jarak>RESULT<jarak>[No Kad Pengenalan]

    Contoh: MUET  RESULT  950325035243

  2. Hantarkan SMS ke 15888

Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.


Rayuan Penyemakan Semula Keputusan MUET

Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang diterima boleh memohon untuk semakan semula.

Rayuan penyemakan semula keputusan MUET boleh dibuat secara online di pautan berikut:

http://webmpm1.mpm.edu.my/muet_ss

Permohonan rayuan dibuka dari 5 Mei hingga 15 Mei 2017.

Keputusan rayuan boleh disemak di portal MPM selepas 18 hari permohonan lengkap diterima di MPM (hari bekerja).

Semoga berjaya dan good luck!

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Cancel