Semakan Keputusan Peperiksaan STAM 2015 Melalui SMS

|  0 comments

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2015 akan diumumkan pada 21 Januari 2016. Keputusan boleh diambil di sekolah masing-masing bermula jam 10.00 pagi.

Bagi calon-calon persendirian, keputusan akan dihantar melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.

[Terbaharu] Semakan Keputusan Peperiksaan STAM 2016

Keputusan Peperiksaan STAM 2015 juga boleh disemak melalui SMS. Untuk makluman, tiada perkhidmatan semakan secara online disediakan.


Semak Keputusan STAM Melalui SMS

Semakan boleh dibuat menggunakan khidmat pesanan ringkas mySMS. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula 10:00 pagi 21 Januari 2016 dan berakhir pada 11:59 malam 27 Januari 2016.

semakan keputusan STAM 2015

Berikut adalah cara membuat semakan keputusan peperiksaan STAM melalui SMS:

Taip:

STAM<jarak>[Angka Giliran]

dan hantarkan ke 15888

Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.

Semoga berjaya dan good luck!

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Cancel