Semakan Keputusan STPM 2015 Secara Online Dan SMS

|  0 comments

Semakan Keputusan Keseluruhan STPM 2015 Secara Online Dan SMS. Keputusan keseluruhan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2015 akan diumumkan pada hari Rabu 2 Mac 2016. Calon-calon boleh mengambil slip keputusan mereka di sekolah masing-masing bermula jam 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.

Keputusan boleh juga disemak secara online atau melalui SMS.


Semakan Keputusan STPM Secara Online

Untuk meyemak secara online sila layari halaman semakan keputusan STPM di portal rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia bermula jam 12.00 tengahari 2 Mac 2016 di pautan berikut:

http://webmpm1.mpm.edu.my/stpm_result/


Semakan Keputusan STPM Melalui SMS

Perkhidmatan mySMS untuk keputusan keseluruhan STPM 2015 akan diaktifkan bermula 12:00 tengahari 2 Mac dan berakhir pada 11:59 malam 1 April 2016.

semak-keputusan-keseluruhan-stpm-2015

Berikut adalah cara membuat semakan keputusan peperiksaan STPM 2015 melalui SMS:

  1. Taipkan:

    STPM<jarak>RESULT<jarak>[No Kad Pengenalan]

    Contoh: STPM  RESULT  910325035243

  2. Hantarkan SMS ke 15888

Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.

Semoga berjaya dan good luck!

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Cancel