Rebat Cukai Pendapatan Individu 2020

Rebat cukai pendapatan e-Filing 2020 untuk Individu bagi tahun taksiran 2019. Maksud rebat cukai ialah potongan ke atas cukai pendapatan (cukai kena bayar). Individu pemastautin di Malaysia adalah layak menuntut rebat cukai menerusi Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).

Rebat cukai berbeza dengan pelepasan cukai. Pelepasan cukai adalah jumlah yang ditolak daripada pendapatan bercukai anda, manakala rebat cukai pula adalah jumlah yang ditolak daripada cukai pendapatan anda.

[Baharu] Rebat Cukai Pendapatan Individu Tahun Taksiran 2021

Berikut adalah senarai rebat cukai yang layak dituntut oleh individu pemastautin di Malaysia.


Rebat Cukai Pendapatan Untuk Individu

Jadual di bawah menyenaraikan rebat cukai pendapatan individu bagi Tahun Taksiran 2009 ke atas (2009 - 2019) oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

Rebat cukai pendapatan LHDN

Jenis Rebat

Syarat

Had Potongan(RM)

Diri

Pendapatan bercukai tidak melebihi RM35,000

400

Isteri / Suami

Pendapatan bercukai tidak melebihi RM35,000 dan suami/ isteri tiada pendapatan/ tiada jumlah pendapatan

400

Zakat / Fitrah

Amaun maksimum terhad kepada jumlah cukai yang dikenakan

Amaun maksimum tertakluk kepada cukai yang dikenakan

Untuk perincian mengenai rebat cukai pendapatan individu, sila rujuk laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN ) di sini.