Semakan Keputusan e-Rayuan Ke SBP 2016 Tingkatan 4

Semakan keputusan e-rayuan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan Empat tahun 2016 boleh dibuat secara online bermula 15 Mac 2016 sehingga 25 Mac 2016.

sbp


Semakan e-Rayuan SBP Tingkatan 4 Secara Online

Pemohon boleh menyemak keputusan e-rayuan menerusi Laman Semakan & Cetakan Tawaran Tingkatan 4 SBP 2016 di pautan berikut:

https://sst4.moe.gov.my/

Sila masukkan No. MyKad serta angka giliran PT3 2015 dan klik butang Semakan.


Semakan e-Rayuan SBP Tingkatan 4 Menerusi Aplikasi Mobile

Semakan juga boleh dibuat menggunakan aplikasi mobile untuk platform Android. Aplikasi percuma Semak T4SBP boleh di muat turun bermula 15 Mac - 25 Mac 2016  melalui Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia di pautan:

http://gamma.malaysia.gov.my

Sila semak dengan teliti maklumat yang dipaparkan. Sekiranya pemohon berjaya dan bersetuju untuk menerima tawaran, surat dan lampiran tawaran MESTILAH DICETAK SEGERA dan dibawa semasa hari pendaftaran.