Senarai Terkini Lokasi Kamera AES/AwAS 2019

Sistem Penguatkuasaan Automatik atau Automated Enforcement System (AES) adalah sistem penguatkuasaan keselamatan jalan raya yang beroperasi sepanjang masa, secara automatik, tanpa campurtangan manusia. Ia merupakan sebahagian daripada Automated Awareness Safety System (AWAS).

Kamera AwAS mengesan dan merakam kesalahan trafik secara automatik menggunakan sensor dan kamera yang dipasang di kawasan yang sering berlaku kemalangan. Saman akan dikeluarkan secara automatik dan dihantar melalui pos kepada Orang Kena Saman (OKS).

Buat masa ini pelaksanaan kamera AwAS/AES meliputi kesalahan-kesalahan memandu melebihi had laju dan tidak mematuhi lampu isyarat.


Senarai Lokasi Kamera AwAS/AES Seluruh Malaysia

Berikut adalah senarai terkini lokasi pemasangan kamera AES di seluruh Malaysia mengikut negeri sepertimana diumumkan JPJ. Senarai ini akan dikemaskini sebaik sahaja maklumat lokasi baharu kamera AES diketahui.

senarai lokasi kamera AwAS


⦿ Kamera AwAS Perangkap Halaju (Speed Trap)

Berikut adalah senarai lokasi kamera AwAS yang mengesan kesalahan memandu melebihi had laju.

No. Negeri Daerah Lokasi Had Laju
1 SELANGOR Kuala Lumpur KM6.6 Jalan Kajang/Puchong (SKVE) (arah Puchong ke Kajang) 80 km/j
2 SELANGOR Kajang KM301.6 Lebuhraya PLUS - Kajang (arah utara) 90 km/j
3 SELANGOR Selayang KM18 Lebuhraya Guthrie (arah utara) 110 km/j
4 SELANGOR Selayang KM18 Lebuhraya Guthrie (arah selatan) 110 km/j
5 SELANGOR Sepang KM28.4 Lebuhraya ELITE (arah utara) 110 km/j
6 SELANGOR Banting KM17 Lebuhraya ELITE (arah selatan) 110 km/j
7 PUTRAJAYA Putrajaya KM1.6 Jalan Lebuh Sentosa (arah Kajang ke PICC) 70 km/j
8 NEGERI SEMBILAN Seremban KM21 Lebuhraya Kajang – Seremban (LEKAS) arah selatan 110 km/j
9 NEGERI SEMBILAN Seremban KM21 Lebuhraya Kajang – Seremban (LEKAS) arah utara 110 km/j
10 MELAKA Alor Gajah KM214.4 Lebuhraya PLUS, Alor Gajah (arah selatan) 110 km/j
11 MELAKA Alor Gajah KM214.4 Lebuhraya PLUS – Alor Gajah (arah utara) 110 km/j
12 MELAKA Jasin KM184.2 Lebuhraya PLUS, Jasin (arah utara) 110 km/j
13 MELAKA Jasin KM185 Lebuhraya PLUS, Jasin (arah selatan) 110 km/j
14 PERAK Slim River KM375.9 Lebuhraya PLUS - Slim River (arah utara) 110 km/j
15 PERAK Tapah KM85.5 Jalan Ipoh - Kuala Lumpur, Sungkai (arah KL) 90 km/j
16 PERAK Taiping KM204.6 Lebuhraya PLUS - Taiping (arah utara) 110 km/j
17 PERAK Kampar KM299.9 Lebuhraya PLUS – Kampar (arah utara) 110 km/j
18 PERAK Behrang KM382.8 Lebuhraya Utara Selatan, Behrang (arah selatan) 110 km/j
19 PULAU PINANG Seberang Perai Selatan KM166 Lebuhraya PLUS - Seberang Perai Selatan (arah selatan) 110 km/j
20 KEDAH Kuala Muda KM96.3 Lebuhraya PLUS – Kuala Muda (arah selatan) 110 km/j
21 KEDAH Kuala Muda KM97.2 Lebuhraya PLUS - Kuala Muda (arah utara) 110 km/j
22 KEDAH Kuala Muda KM174 Lebuhraya PLUS – Bandar Baharu (arah utara) 110 km/j
23 JOHOR Muar KM151.4 Lebuhraya PLUS – Pagoh (arah utara) 110 km/j
24 JOHOR Muar KM146.8 Lebuhraya PLUS – Pagoh (arah selatan) 110 km/j
25 JOHOR Johor Bahru KM1 Lebuhraya PLUS – Johor Bharu (arah utara) 110 km/j
26 JOHOR Johor Bahru KM1 Lebuhraya PLUS – Johor Bharu(arah selatan) 110 km/j
27 TERENGGANU Kemaman KM256.1 Lebuhraya Pantai Timur 2 (arah selatan) 110 km/j
28 TERENGGANU Kemaman KM288.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (arah utara) 110 km/j
29 KELANTAN Gua Musang KM17 Gua Musang – Kuala Krai (arah Kuala Krai) 90 km/j


⦿ Kamera AwAS Lampu Isyarat

Berikut adalah senarai lokasi kamera AwAS yang mengesan kesalahan perlanggaran lampu isyarat.

No. Negeri Lokasi
1 KEDAH KM36 Jalan Alor Star - Butterworth / Kuala Muda (arah Alor Setar)
2 KEDAH KM1 Jalan Gurun - Sik / Kuala Muda (arah Gurun)
3 KEDAH KM1 Jalan Gurun -  Sik / Kuala Muda (arah Sik)
4 KEDAH KM54 Jalan Alor Setar - Butterworth
5 PERAK Jalan Pasir Putih - Ipoh di persimpangan Jalan Temenggong - Jalan King, berhampiran TNB
6 PERAK KM26 Jalan Ipoh - Kuala Kangsar di persimpangan Kg. Kerdah
7 PERAK KM4 Jalan Setiawan - Lumut / Manjung (arah Lumut)
8 PERAK KM4 Jalan Setiawan - Lumut / Manjung (arah Setiawan)
9 PERAK KM116 Ipoh - Kuala Lumpur/ Batang Padang - Slim River (arah Kuala Lumpur)
10 PERAK KM116 Ipoh - Kuala Lumpur/ Batang Padang - Slim River (arah Ipoh)
11 PERAK KM11, Jalan Setiawan Ipoh (arah Setiawan)
12 PERAK KM14, jalan Ipoh - Pusing, Ipoh (arah Setiawan)
13 PERAK KM38 Jalan Ipoh - Kampar, Kampar (arah Ipoh)
14 PERAK KM8 Jalan Teluk Intan - Hutan Melintang / Hilir Perak - Teluk Intan
15 KUALA LUMPUR Jalan Klang Lama di persimpangan Jalan Sepadu
16 KUALA LUMPUR Jalan Ipoh di persimpangan Jalan Perhentian, Sentul

Semoga maklumat lokasi penguatkuasaan kamera AwAS ini dapat menggalakkan anda supaya mematuhi undang-undang jalanraya semasa memandu dan membantu menjadikan jalan raya lebih selamat untuk semua pengguna.