Permohonan Dan Semakan Program KV di ILKS Ambilan Jun 2016

|  0 comments

Permohonan dan Semakan Keputusan Kemasukan ke Program Kolej Vokasional KPM di Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) Ambilan Jun 2016. Permohonan Online Kemasukan ke ILKS untuk Program Kolej Vokasional Ambilan Jun 2016 akan dibuka mulai 2 Mei 2016.

Murid-murid Lepasan Tingkatan Tiga (Tahun 2015) yang belum ditawarkan di mana-mana Kolej Vokasional (KV) / Sekolah Menengah Teknik (SMT) dipelawa untuk memohon.


Syarat-syarat Program Kolej Vokasional KPM di ILKS

Syarat Umum

  • Calon adalah Warganegara Malaysia
  • Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan /Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merangkumi Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
  • Calon sihat tubuh badan
  • Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy), kecacatan dan lain-lain penyakit yang boleh menghadkan murid daripada melaksanakan kerja amali)
  • Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA.
  • Calon bebas daripada masalah mental, dan
  • Calon berminat dengan program dipohon


Syarat Khusus

  • Calon memperoleh sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup (Keputusan PT3), dan
  • Calon memperoleh sekurang-kurangnya Band 3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, dan Kemahiran Hidup (Pentaksiran Sekolah-PS)


Senarai Kursus Dan Tempat Yang Ditawarkan

Berikut adalah senarai kursus yang ditawarkan serta ILKS yang terlibat.

Negeri Nama dan Lokasi ILKS Telefon Kursus
Selangor Enter Coridor Training Centre
Wisma Enter Coridor, No. 30, Jalan Klang Sentral 11/KU5, Klang Sentral, 41050 Bukit Raja, Selangor
03-3344 9830
  • Teknologi Mekatronik (Robotik)
  Septronic Skills Training Centre
No. 6, Aparment Buginvilla, Persiaran Bunga Raya, Taman Bunga Raya Bukit Beruntung, 48300 Rawang, Selangor
03-60215993
03-60216361
  • Collision Repair Reengineering Technician
  KRU Academy Sdn Bhd
Lot No 12159, Jalan Cyber Point 6, Cyber 8, 63000 Cyberjaya, Selangor
03-83193888
013-9564351
  • Kesan Khas Visual
  • Animasi 2D
Sarawak PPKS Ilmu Sdn Bhd
Tabuan Jaya, 93050 Kuching Sarawak
082-364198
082-361641
  • Penjanaan Kuasa Elektrik
  JT Akademi Sdn Bhd
Tabuan Jaya, 93050 Kuching Sarawak
082-370078
  • Subsea Welding Technology

    Syarat Khusus: Terbuka untuk LELAKI sahaja & mesti mempunyai Sijil Pemeriksaan Perubatan Selam Medical Fitness To Dive & mempunyai kemahiran berenang

  • Oil & Gas Welding Technology

    Syarat Khusus: Terbuka untuk LELAKI sahaja & mesti mempunyai Sijil Pemeriksaan Perubatan

Kelantan Akademi APFT Maintenance Training
Terminal Lama, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Jln Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu Kelantan
09-7738801
09-7742675
  • Aviation (Ground Handling-Ramp Services)
Terengganu Ranaco Marine
Kampus Kijal, Bandar Baru Kijal, 24100 Kemaman Terengganu
09-8593800
  • Pengajian Nautikal

    Syarat Khusus: Terbuka untuk LELAKI sahaja

  • Teknologi Marin

    Syarat Khusus:Terbuka untuk LELAKI sahaja

  • Kejuruteraan Kapal


Cara Memohon Program Kolej Vokasional KPM di ILKS

Permohonan kemasukan ke Program Kolej Vokasional ILKS Ambilan Jun 2016 akan dibuka secara dalam talian (online) mulai 2 Mei dan akan ditutup12 Mei 2016.

Sila layari laman sesawang KPM:

http://www.moe.gov.my

Temu bual akan dilaksanakan bagi semua kursus yang ditawarkan.


Semakan Keputusan Permohonan

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Murid Ke Program Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di ILKS Ambilan Jun 2016 boleh disemak mulai 6 Jun 2016 hingga 12 Jun 2016.

Sila layari laman sesawang KPM di http://www.moe.gov.my.

Sekiranya terdapat pertanyaan berkaitan ambilan, sila hubungi Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di talian 03-8884-5089 / 5067 / 5086 / 5088.

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Cancel