Permohonan Pertukaran Guru EGTukar Sesi Januari 2017

|  0 ulasan

Permohonan eGTukar Guru Januari 2017 Online. Permohonan pertukaran guru secara online menerusi Modul eGTukar untuk sesi Januari 2017 telah dibuka mulai 1 sehingga 30 September 2016.

Permohonan perpindahan guru secara atas talian ini adalah bagi pertukaran guru KPM di seluruh Malaysia antara bahagian/negeri, antara daerah dan dalam daerah. Ia meliputi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG29, DG32 (KUP Time-based), DG34 (KUP Time-based), DG38 (KUP Time-based), DG41, DG42 , DG44 (KUP Time-based), DG48(KUP Time-based), DG52 (KUP Time-based) dan DG54 (KUP Time-based).


Cara Memohon Pertukaran Guru

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang online di laman web aplikasi Sistem Pertukaran Guru Secara Online e-GTukar di pautan berikut:

https://epgo.moe.gov.my/

Bagi pengguna kali pertama, pastikan anda mendaftar terlebih dahulu di sini untuk mendapatkan ID Pengguna dan Kata Laluan.

Untuk maklumat lanjut sila baca syarat pertukaran (di sini), panduan permohonan e-GTukar (di sini), serta senarai guru-guru yang tidak dibenarkan membuat pertukaran melalui EGTukar (di sini).

egtukar permohonan pertukaran guru sekolah

Kelulusan pertukaran bergantung kepada tiga perkara utama iaitu keperluan perkhidmatan, kekosongan jawatan, dan keperluan opsyen di negeri yang dimohon. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang perlu mengikut pasangan, sakit kronik, serta ancaman keselamàtan dari pihak ketiga.


Tarikh Tutup  Permohonan eGTukar

Tarikh tutup sistem permohonan eGTukar sesi Januari 2017 adalah pada 30 September 2016.


Semakan Keputusan eGTukar

Tarikh semakan keputusan permohonan pertukaran guru eGTukar sesi Januari 2017 akan dikemaskini bila diumumkan.

Semoga maklumat permohonan eGTukar guru KPM ini berguna buat para guru yang ingin berpindah sekolah.

Catat Ulasan

Cancel
Click to go to top