Tarikh Akhir Pengeposan Pos Laju Sempena Raya Aidilfitri 2019

Tarikh akhir pengeposan Pos Laju untuk serahan sebelum Hari Raya Aidilfitri 2019 / 1440H. Juga pengumuman tarikh urusniaga bagi Pos Malaysia dan Pos Laju di seluruh Malaysia sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri 2019.

Pos Malaysia telah mengeluarkan kenyataan tentang tarikh akhir pengeposan item Pos Laju serta tarikh urusniaga bagi Pos Malaysia dan Pos Laju di seluruh Malaysia sempena sambutan Aidilfitri 2019.

Untuk makluman, pengirim atau penerima boleh tracking Pos Laju untuk mengetahui status dan kedudukan terkini parcel/barangan mereka.

[Baharu] Tarikh Akhir Pengeposan Pos Malaysia dan Pos laju Sempena Aidilfitri 2020

Untuk memastikan barang/dokumen kiriman pelanggan sampai ke destinasi dalam negara sebelum Hari Raya Aidilfitri / 1 Syawal (yang dijangka jatuh pada 5 Jun 2019), pengeposan hendaklah dilakukan sebelum atau pada 30 Mei 2019 (Khamis).

Bagi item Pos Laju yang diposkan pada 31 Mei 2019 sehingga 4 Jun 2019, serahan hanya akan dibuat selepas cuti sambutan Hari Raya Aidilfitri. Pejabat Pos Dan Pos Laju akan dibuka semula mulai 9 Jun 2019 bergantung kepada permulaan hari bekerja mengikut negeri. Sila rujuk jadual di bawah.

tarikh akhir pengeposan poslaju hari raya aidilfitri 2019

Pengumuman oleh Pos Malaysia. Klik gambar untuk paparan besar / jelas


Tarikh Urusniaga Pejabat Pos Dan Pos Laju Sempena Aidilfitri 2019

Berikut adalah tarikh urusniaga bagi Pos Malaysia dan Pos Laju di seluruh Malaysia sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2019.

tarikh urusniaga pejabat pos sempena aidilfitri 2019

Semoga maklumat tarikh akhir pengeposan dan tarikh urusniaga Pos Malaysia dan Pos Laju ini memberi manfaat untuk para pembaca khususnya para pembeli serta peniaga online dalam merancang masa kiriman barangan jualan mereka