Semakan Keputusan STPM 2018 Penggal 1 Online Dan SMS

Semakan Keputusan Peperiksaan STPM Penggal 1 (P1) 2018. Keputusan keseluruhan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Penggal 1 2018 akan diumumkan keluar pada tarikh 27 Februari 2018. Calon-calon boleh mengambil slip keputusan mereka di sekolah masing-masing, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.

Keputusan STPM boleh juga disemak secara online atau melalui SMS bermula pada tarikh tersebut.


Semakan Keputusan Peperiksaan STPM Secara Online

Untuk meyemak secara online, sila layari halaman semakan keputusan STPM di portal rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia bermula jam 10.00 pagi di pautan berikut:

http://webmpm1.mpm.edu.my/stpm_resultP1/


Semakan Keputusan STPM Melalui SMS

Perkhidmatan mySMS untuk keputusan Penggal 1 STPM 2018 akan diaktifkan bermula jam 10:00 pagi pada 27 Februari 2018 dan berakhir pada 6:00 petang 26 Mac 2018.

semakan keputusan keseluruhan STPM 2018 penggal 1

Berikut adalah cara membuat semakan keputusan peperiksaan STPM Penggal 1 2018 melalui SMS:

  1. Taipkan:

    STPM<jarak>RESULTP1<jarak>[No Kad Pengenalan]

    Contoh: STPM  RESULTP1  910325035243

  2. Hantarkan SMS ke 15888

Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.

Semoga berjaya dan good luck!