Cara Daftar Haji Guna KWSP

Cara daftar haji 'percuma' tanpa perlu deposit RM1,300 bagi pencarum KWSP.

Menurut kaedah biasa, pemilik akaun Tabung Haji perlu ada simpanan minimum RM1,300 dalam akaun sebelum boleh mendaftar haji.

Namun sekiranya pemilik akaun TH juga seorang pencarum KWSP, terdapat kemudahan yang membolehkan pendaftaran haji dibuat tanpa perlu mendepositkan RM1,300 dalam akaun Tabung Haji (TH). Ia dikenali sebagai Pendaftaran Haji Ahli KWSP.

[Baharu] Anda boleh daftar haji secara online melalui Maybank2u sekiranya anda daftar/link akaun Tabung Haji anda ke kad ATM Maybank

Cara daftar dan tunaikan Haji guna KWSP

Syarat-syarat Mendaftar Haji Guna KWSP

Syarat-syarat kelayakan bagi pemilik akaun Tabung Haji yang juga ahli KWSP membuat Pendaftaran Haji Ahli KWSP adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap
  • Beragama Islam
  • Mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM1,300
  • Berumur 14 hingga 55 tahun

Cara Mendaftar Haji Guna KWSP

Berikut adalah langkah-langkah mendaftar haji di bawah kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP:

  1. Hadir sendiri di mana-mana kaunter TH, Bank Islam atau Bank Rakyat.
  2. Kemukakan MyKad dan Penyata KWSP yang terkini.
  3. Cakap nak buat pendaftaran haji.

daftar haji menggunakan KWSP

Untuk pengetahuan anda, kemudahan ini tidak melibatkan pengeluaran wang simpanan KWSP, kerana amaun RM1,300 itu tidak ditolak daripada akaun 1 KWSP.

Sekiranya anda telahpun mendaftar haji menggunakan kaedah biasa, anda boleh menukarkannya kepada kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP tanpa mengubah tarikh giliran haji yang telah diberi sebelum ini.

Pengeluaran KWSP Untuk Tunaikan Haji

Berita baik untuk anda bakal haji yang belum cukup simpanan dalam akaun Tabung Haji - anda boleh membuat pengeluaran dari dari Akaun 2 KWSP sebanyak maksima RM3,000 bertujuan menampung perbelanjaan asas mengerjakan Haji, jika menepati syarat-syaratnya.

Baca perincian di sini.

Semoga perkongsian info pendaftaran haji tanpa deposit ini berguna buat pembaca.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web Tabung Haji atau hubungi talian hotline Tabung Haji Contact Center (THCC) di talian 03-62071919.