Makna Bacaan Dalam Solat

Alangkah pelik serta rugi seorang yang solat tapi tidak faham maksud atau makna apa yang diucapkannya ketika solat. Solat adalah tiang agama, jadi sewajarnyalah kita mengambil berat tentang solat, bermula dengan memahami makna setiap bacaan dalam solat.

Berikut kami kongsikan setiap bacaan dalam solat dengan teks bahasa Arab, sebutan (transliteration) dalam tulisan Rumi dan juga maksud/terjemahan dalam Bahasa Melayu.

Nota: Sebutan / transliterasi dalam Rumi adalah hanya untuk panduan/rujukan sahaja. Sila baca teks asal dalam Bahasa Arab untuk sebutan tepat.

makna maksud bacaan dalam solat sembahyang


Bacaan Semasa Takbiratul Ihram

اَللّٰهُ أَكْبَر

  • Transliterasi Takbiratul Ihram dalam Rumi

    Allaahu akbar

  • Maksud Takbiratul Ihram

    Allah Maha Besar


Bacaan Doa Iftitah

اَللهُ اَكْبَرْ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرً وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً. وَجَّهْةُ وَجْهِيَ ِللذِيْ فَطَرَالسَّمَوَاتِ وَاْلآَرْضَ حَنِيِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ. إِنَّ صَلاَتِيْ وَنُسُكِيْ وَمْحْيَايَ وَمَمَاتِيْ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. لاَشَرِيْكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

  • Transliterasi doa Iftitah dalam Rumi

    Allaahu akbar kabiiraaw wal hamdu lillaahi katsiiraw wasubhaanallaahi bukrataw wa ashiila. Wajjahtu wajhiya lilladzii fatharas samaawaati wal-ardha, haniifam muslimaw wamaa ana minal musyrikiin. Inna solaatii wanusukii wamahyaaya wamamaatii lillaahi rabbil ‘aalamiina. Laa syariika lahuu wabidzalika umirtu wa ana minal muslimiin.

  • Maksud doa Iftitah

    Allah Maha Besar dengan sebesar-besarnya. Segala puji yang sebanyak-banyaknya bagi Allah SWT. Maha Suci Allah pada pagi dan petang. Aku menghadapkan wajahku kepada Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi dengan segenap kepatuhan dan kepasrahan diri, dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang menyekutukan-Nya. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagi-Nya dan aku diperintahkan untuk tidak menyekutukan-Nya dan aku adalah termasuk orang-orang yang berserah diri.


Bacaan Surah Al-Fatihah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴿١﴾ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ ﴿٢﴾ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴿٣﴾ مَٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ ﴿٤﴾ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿٥﴾ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ ﴿٦﴾ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ﴿٧﴾ـ

  • Maksud Surah Al-Fatihah

    (1) Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. (2) Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir semesta alam. (3) Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. (4) Yang menguasai pemerintahan hari Pembalasan (Hari Akhirat). (5) Engkau sahaja (Ya Allah) yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus. (7) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


Bacaan Semasa Rukuk

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ

  • Transliterasi bacaan ketika rukuk dalam Rumi

    Subhaana rabbiyal 'azhiimi wabihamdih

  • Maksud bacaan ketika rukuk

    Maha Suci TuhanKu Yang Maha Agung dan segala puji untuk-Nya.


Bacaan Semasa I'tidal

سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَه رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ

  • Transliterasi bacaan ketika i'tidal dalam Rumi

    Sami'allaahu liman hamidah, rabbanaa walakal hamdu.

  • Maksud bacaan ketika i'tidal

    Allah mendengar orang yang memuji-Nya. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya untuk Engkaulah segala pujian.


Doa Qunut

Sila rujuk Doa Qunut Solat Subuh Dan Witir.


Bacaan Ketika Sujud

سُبْحَانَ رَبِّيَ اْلأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

  • Transliterasi bacaan ketika sujud dalam Rumi

    Subhaana rabbiyal a'laa wabihamdih

  • Maksud bacaan ketika sujud

    Maha Suci Tuhan Yang Maha Tinggi dan segala puji untuk-Nya.


Bacaan Ketika Duduk Di antara Dua Sujud

رَبِ ّاِغْفِرْلِيِ وَارْحَمْنِيْ وَارْفَعْنِيْ وَاجْبُرْنِيْ وَارْزُقْنِيْ وَاهْدِنِيْ وَعَاِفِنيْ وَاعْفُ عَنِّيْ

  • Transliterasi bacaan ketika duduk di antara dua sujud dalam Rumi

    Rabbighfirlii warhamnii warfa'nii wajburnii warzuqnii wahdinii wa 'aafinii wa'fu 'annii

  • Maksud bacaan ketika duduk di antara dua sujud

    Ya Allah! ampunilah dosaku, rahmatilah aku, tinggikanlah darjatku, cukupkanlah segala kekuranganku, berilah rezeki kepadaku, berilah aku petunjuk, berilah kesihatan kepadaku dan berilah keampunan kepadaku.


Bacaan Tahiyyat Awal

التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد

  • Transliterasi Tahiyyat Awal dalam Rumi

    Attahiyyaatul mubaarakaatus solawaatut toyyibatul lillaah, assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh, assalaamu’alainaa wa’alaa ‘ibaadillaahis soolihiin. Asyhadu allaa ilaaha illallaah, waasyhadu anna Muhammadar rasuulullaah. Allahhumma solli ‘alaa Muhammad.

  • Maksud bacaan Tahiyyat Awal

    Segala penghormatan yang berkat, solat yang baik adalah untuk Allah. Salam sejahtera ke atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatan-Nya. Salam sejahtera ke atas kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Allah, berselawatlah ke atas Nabi Muhammad.


Bacaan Tahiyyat Akhir (Tasyahud Akhir)

التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وعلى آلِ مُحَمَّد كَمَا صَلَّبْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ فِيْ الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد.

  • Transliterasi Tahiyyat Akhir dalam Rumi

    Attahiyyaatul mubaarakaatus solawaatut toyyibatul lillaah, assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh, assalaamu’alainaa wa’alaa ‘ibaadillaahis soolihiin. Asyhadu allaa ilaaha illallaah, waasyhadu anna Muhammadar rasuulullaah. Allahhumma solli ‘alaa Muhammad wa 'alaa aali Muhammad, kamaa sollaita 'alaa Ibraahim, wa 'alaa aali Ibraahim. Wabaarik ‘alaa Muhammad, wa 'alaa aali Muhammad, kamaa baarakta 'alaa Ibraahim, wa 'alaa aali Ibraahim. Fil 'aalamiina innaka hamiidum majiid.

  • Maksud bacaan Tahiyyat Akhir (Tasyahud Akhir)

    Segala penghormatan yang berkat, solat yang baik adalah untuk Allah. Salam sejahtera ke atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatan-Nya. Salam sejahtera ke atas kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Allah, berselawatlah ke atas Nabi Muhammad serta keluarganya. Sebagaimana Engkau berselawat ke atas Nabi Ibrahim serta keluarganya. Berkatilah Nabi Muhammad serta keluarganya sebagaimana Engkau memberkati Nabi Ibrahim serta keluarganya. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia di seluruh alam ini.


Bacaan Salam

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله

  • Transliterasi salam dalam Rumi

    Assalaamu 'alaikum warahmatullaah.

  • Maksud bacaan salam

    Salam sejahtera untukmu, rahmat Allah dan berkat-Nya.

Semoga perkongsian makna atau maksud bacaan-bacaan dalam solat / sembahyang ini dapat membantu anda memahami setiap bacaan semasa solat, seterusnya membantu anda menjiwai dan lebih khusyuk dalam solat.

Click to go to top