Permohonan ke Ting. 1 Sekolah Kawalan 2017 (SMKA, SABK, KAA dan KRK)

Permohonan, semakan dan rayuan kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Kawalan ambilan tahun 2017. Sekolah kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meliputi SMKA, SABK, KAA dan KRK.


Permohonan ke Sekolah Kawalan

Permohonan ke Sekolah Kawalan Tingkatan Satu (1) Ambilan 2017 boleh dilakukan bermula dari 1 sehingga 30 September 2016.

Permohonan boleh dibuat secara online dengan melayari laman Sistem Pendaftaran Atas Talian Kementerian Pendidikan Malaysia (SPAT) di pautan berikut:

https://public.moe.gov.my


Semakan Keputusan Kemasukan ke Sekolah Kawalan

Semakan keputusan permohonan sekolah kawalan boleh di buat secara online dan atau SMS. Tarikh hebahan keputusan (biasanya diumumkan pada bulan Disember) akan dikemaskini bila pengumuman dibuat oleh KPM.

 
⦿ Semakan Secara Online

Semakan secara online boleh dibuat dengan melayari laman Sistem Pendaftaran Atas Talian Kementerian Pendidikan Malaysia (SPAT) di pautan berikut:

https://public.moe.gov.my


⦿ Semakan Melalui SMS

Berikut adalah cara membuat semakan keputusan permohonan kemasukan Sekolah Kawalan melalui SMS:

  1. Taipkan:

    MOE<jarak>SKKAWALAN<jarak>[Angka Giliran UPSR]

    Contoh: MOE  SKKAWALAN  BB0000015

  2. Hantarkan SMS ke 15888

Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.


Rayuan Sekolah Kawalan

Bagi permohonan yang gagal, rayuan boleh dibuat melalui laman web yang sama dengan memuat turun Borang Rayuan dan menghantar borang tersebut ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang berkaitan.


Definisi Sekolah Kawalan

Sekolah kawalan merupakan sekolah harian biasa yang dikawal kemasukan murid oleh JPN sepenuhnya dan tidak dibuka kepada feeder school sekolah berhampiran. Konsep macam SBP tetapi dikawal oleh JPN.


Senarai Sekolah Kawalan

Berikut adalah diantara senarai sekolah kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM):

  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
  • Kelas Aliran Agama (KAA)
  • Kelas Rancangan Khas (KRK)

Jika terdapat sebarang pertanyaan berkaitan yang permohonan dan semakan kemasukan ke Sekolah Kawalan 2017 (SMK, SABK, KAA dan KRK), sila rujuk kepada Jabatan Pendidikan Negeri di negeri pemohon.

Click to go to top