Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2019

Tema umum Sejarah Kertas 3 peperiksaan SPM 2019. Berikut adalah tajuk atau tema umum bagi Kertas 3 (1249/3) mata pelajaran Sejarah bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2019 sepertimana yang diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Peperiksaan Kertas 3 Sejarah SPM 2019 akan diadakan pada hari Selasa 19 November 2019. Ia dilaksanakan secara open book, dan mewakili 20% daripada markah keseluruhan subjek Sejarah SPM.


Tema Umum Kertas 3 Sejarah SPM 2019

Berikut adalah tema umum Sejarah Kertas 3 SPM tahun 2019.

Tema Umum: Pembinaan Negara dan Bangsa Ke arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat

Pembinaan negara dan bangsa amat penting bagi sebuah negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. Kejayaan pembinaan negara dan bangsa Malaysia memerlukan semangat patriotisme yang tinggi dan penyertaan menyeluruh daripada setiap anggota masyarakat supaya proses pembinaan negara menjadi lebih kukuh.

Tema umum sejarah kertas 3 SPM 2019

Tema Umum Sejarah Kertas 3 yang diberi adalah untuk membolehkan calon membuat persediaan awal untuk menjawab soalan bagi Tugasan Spesifik yang hanya akan diketahui pada hari peperiksaan nanti.

Bincang dan kumpul maklumat berkaitan tema umum daripada pelbagai sumber. Buat rujukan daripada pelbagai sumber seperti buku teks, buku ilmiah, jurnal, akhbar, majalah, risalah, internet dan sebagainya. Sediakan nota ringkas. Dapatkan maklumat, hujah, data yang mencukupi dan tepat.

Sejarah Kertas 3 SPM adalah open book test, jadi semua dokumen seperti buku teks, bahan bacaan ilmiah, nota bertulis, bahan fotostat dan bahan bercetak boleh dibawa masuk ke dalam dewan/bilik peperiksaan. Walaubagaimanapun alat atau peranti elektronik tidak dibenarkan sama sekali.

Sila layari koleksi soalan percubaan serta skema jawapan Sejarah SPM 2019.

Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2019 boleh di muat turun di sini.