Semakan Keputusan MUET November 2016 Online Dan SMS

Semakan keputusan MUET sesi November 2016 secara online dan SMS. Semakan keputusan ujian Malaysian University English Test (MUET) untuk sesi November 2016 boleh dibuat mulai 5 Januari 2017. Semakan boleh dibuat secara online atau melalui SMS.


Semak Keputusan Ujian MUET Secara Online

Semakan online serta cetakan boleh dibuat menerusi aplikasi atas talian Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), di pautan berikut:

http://webmpm.mpm.edu.my/muet_result/


Semak Keputusan MUET Melalui SMS

Perkhidmatan mySMS untuk semakan result MUET sesi November 2016 akan diaktifkan bermula jam 10:01 pagi 5 Januari 2017 sehingga jam 11:59 malam, 4 April 2017.

semakan keputusan MUET November 2016

Berikut adalah cara membuat semakan keputusan ujian MUET melalui SMS:

  1. Taipkan:

    MUET<jarak>RESULT<jarak>[No Kad Pengenalan]

    Contoh: MUET  RESULT  950325035243

  2. Hantarkan SMS ke 15888

Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.


Rayuan Penyemakan Semula Keputusan Ujian MUET

Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang diterima boleh memohon untuk semakan semula.

Rayuan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan MUET yang boleh dimuat turun (download) menerusi portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Tarikh permohonan rayuan dibuka dan ditutup, serta bayaran yang dikenakan ada dinyatakan di dalam borang berkenaan.

Semoga info mengenai semakan keputusan MUET November 2016 secara online dan SMS ini memberi manfaat buat pembaca.

Click to go to top